Jumaat, Jun 15, 2012


Hah!!! Apa dah jadi dengan anak kepada Si Ketua Penipu ni? Kenapa pulak dia tak pasal - pasal je nak dedahkan skandal Papa dia ni? Dah buang tabiat ke?

Tapi, itulah tabiat baru Si Nurul Izzah ni. Dah banyak kali dia kantoi menipu rakyat, sekarang baru dia ada kesedaran gamaknya. Baru ini la dia nak korek rahsia Papa dia pulak.

Selama hari ni, dia suka sangat cerita pasal bab keluarga orang lain. Kata dia, orang UMNO ni suka bagi kontrak kepada ahli keluarga sendiri.

Kononnya, kata Si Nurul Izzah ni, ianya sudah menjadi norma kepada Kerajaan UMNO BN menganugerahkan satu daripada projek Kerajaan kepada keluarga Menteri.

Mungkin Si Nurul Izzah ni lupa yang Papa dia dulu pun dok buat benda yang sama. Sampai hari ni, Papa dia masih GAGAL menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada IOI.

Semua orang dah tau yang IOI ini milik keluarga Papa dia dan dinamakan atas nama Atuk dia sendiri. Tidakkah itu dikira sebagai satu penyelewengan?

Berapa ratus juta pulak Papa dia bagi kontrak tersebut kepada keluarga dia untuk memiliki IOI yang memegang 2/3 dari tanah di Puchong?

Takkan la dia tak tau yang hampir keseluruhan bandar Puchong tu dibina atas nama syarikat yang dimiliki oleh keluarga Papanya sendiri!!! Tapi, yang itu tak nak pulak dia korek.

Itu baru satu contoh. Rasanya, banyak lagi benda lain yang Papa dia dah buat masa Papa dia jadi Menteri Kewangan dulu. Tu tak termasuk dalam rundingan secara tertutup pulak ke???

Satu lagi contoh ialah pembinaan Lapangan Terbang KLIA. Berapa banyak kontrak yang Papa dia kaut untuk keluarga dia dalam projek tersebut? Boleh dia tolong jelaskan tak?

Perkara ni jugak telah didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam buku yang ditulis sebelum ini. Tapi, sampai hari ini, Papa Si Nurul Izzah ni masih jugak GAGAL nak menjelaskannya.

Kalau nak tanya Papa dia, sudah tentu Papa dia akan menafikannya. Paling tidak, dia diamkan saja perkara tu dari terus diperkatakan dek orang lain.

Jadi, saranan Semut buat Nurul Izzah ni ialah, Jangan suka kaji nyamuk diseberang laut la Izzah oi!!! Kaji diri sendiri tu dulu. Jangan setakat cerita pasal hal orang je. 

Hal Papa dia, kenapa pulak dia tak nak cerita!!! Kata nak perjuangkan Keadilan. Kalau setakat cerita satu pihak je, Adil menda kejadahnya macam tu!!! Kalau nak cerita, cerita la semua sekali!!! Baru la adil namanya!!!
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

“Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?” soalnya lagi. - UtaraNews
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. kalau dalam filem tiga abdul dipanggil demokrasi terpimpin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping