Sabtu, Jun 02, 2012

Terkedu Dia Tengok Torpedo KJ???
Maaf jika ada yang salah faham dengan tajuk diatas. Maaf juga kerana artikel dibawah ni disiarkan didalam bahasa Inggeris. Walau apa pun, mesejnya cukup jelas.

Si Nurul Izzah tu sudah terkena 'torpedo' Ketua Pemuda UMNO, YB Khairi Jamaluddin dalam satu artikel yang disiarkan oleh FMT.

Ianya berkaitan dengan isu kapal selam scorpene yang masih cuba dijadikan sebagai alat propaganda Politik puak - puak Pakatan Pembangkang.

Seperti mana yang telah dinyatakan semalam, usaha puak - puak Pakatan Pembangkang ni mempertikaikan mengenai isu tersebut hanya satu tindakan sia - sia.

Isu itu dilihat sebagai usaha terakhir puak - puak Pakatan untuk menjadikannya sebagai modal Politik mereka sahaja dimana sebelum ini mereka jelas sudah GAGAL.

Dulu, isunya berkaitan dengan kematian seorang model warga Mongolia, Altantuya Sharibu yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Najib.

Bila ianya didapati tidak benar, mereka ubah pulak cerita dengan mengatakan bahawa kapal selam tersebut tidak mampu untuk tenggelam.

Apabila ianya berjaya dibuktikan oleh pihak Kerajaan dan Kementerian Pertahanan, mereka jelas sudah ke habisan idea. Nak tak nak, kena la buat fitnah baru.

Maka timbul spekulasi mengenai SUARAM dan pembelian kapal selam tersebut dari sebuah syarikat di Perancis. Hasilnya, dapat la mereka modal baru untuk dipolitikkan.

Sudah jelas bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang tak de kerja lain selain daripada buat fitnah yang bukan - bukan.

Mereka hanya menunding jari dan mencipta spekulasi agar ianya menjadi santapan rakyat. Itu pun diorang nak bangga kata diorang ni pejuang rakyat ke?

Dah la buat kerja yang tak berfaedah, tak de pulak yang diorang nak sibuk menjaga rakyat dikawasan masing - masing. Orang yang pilih Si Nurul Izzah ni jadi Ahli Parlimen tentu tahu.

Mereka lebih arif dengan sikap Si Nurul Izzah ni yang sangat jarang tunjuk muka. Kalau tunjuk pun sekadar nak meraih populariti. Dia tak peduli pun dengan orang Lembah Pantai.

Jadi, yang dia dok sibuk dengan isu kapal selam ni menda kejadahnya? Adakah kapal selam tu lebih penting dari dia menjaga Kebajikan Rakyat dikawasan dia?

Dah la buat spekulasi pun main ikut suka dia je. Tak de bukti kukuh pulak tu. Memang patut sangat la dia kena Torpedo dek YB Khairi ni. Tu pun dia masih tak sedar diri jugak???

Sudah la Nurul oi!!! Rakyat dah muak la dengan perangai orang yang suka bercakap tak tentu arah ni!!! Sedar la diri tu sikit. Dah la buat kerja tak reti, asyik menipu je la kerja dia!!! Bukannya dia tau buat kerja lain pun!!!
PETALING JAYA: There is no concrete proof to substantiate the latest allegation regarding the Scorpene submarine deal and so it will be premature to table an emergency motion in Parliament, said Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.
The Rembau MP was responding to PKR vice-president and Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar who revealed yesterday that she will push for a debate in Parliament over the matter when the House re-convenes on June 11.
“So far there is no concrete proof. Just the word of a lawyer who has been engaged by Suaram [the human rights movement which filed for a French judicial inquest into the deal],” Khairy told FMT.
The Umno Youth chief also said that Suaram’s “political affiliations were well-known”, implying that it is working in the interest of the opposition.
“Without concrete proof of this so-called document, it’s premature for anyone to jump to any conclusions let alone plan to move a parliamentary motion,” he added.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping