Selasa, Jun 05, 2012


KUALA LUMPUR - Seorang remaja warga Vietnam berusia 15 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bawah umur diselamatkan dalam Ops Noda dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah restoran di Dataran Prima, Damansara, di sini, petang semalam.

Premis terbabit yang berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai restoran itu dikesan menawarkan pakej makan bersama GRO sebagai tarikan istimewa.


Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung seawal jam 3 petang untuk berhibur dengan wanita GRO yang rata-rata warga asing.



Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila restoran itu diserbu sepasukan polis D7 IPK Selangor bermula jam 6.30 petang semalam.

Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, lapan GRO warga asing termasuk remaja berkenaan ditahan. 

Beliau berkata, ketika serbuan, remaja bawah umur berkenaan asyik melayan pelanggan dengan menuangkan minuman keras dalam ruang gelap di tingkat satu premis dua tingkat itu. 

“Siasatan awal mendapati remaja warga Vietnam itu turut dijadikan pemuas nafsu pelanggan. 

“Siasatan mendapati pelanggan yang mahu melanggani GRO di premis itu perlu membeli beberapa jug minuman keras dan GRO terbabit akan mendapat tips bagi setiap jug minuman keras dipesan. Untuk perkhidmatan seks pula, bilik khas disediakan di tingkat dua premis itu dengan bayaran RM150,” katanya.


Menurutnya, lima daripada GRO yang ditahan itu ialah warga Vietnam, dua warga Indonesia dan seorang lagi warga Thailand yang berumur 15 hingga 25 tahun. “Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam dan premis terbabit pernah diserbu tiga kali tahun lalu.



“Kami sudah membuat intipan ke atas premis terbabit selama beberapa hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan sebelum menyerbu,” katanya. 


Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati dua daripada mereka memiliki pasport, ada yang menggunakan slip 6P dan selebihnya tidak mempunyai pasport. 

Turut ditahan ialah seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu iaitu seorang warga Myanmar berusia 30-an. 

“Dalam operasi itu juga, lima lelaki yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan. 

“Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Othman berkata, untuk mangsa bawah umur yang diselamatkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip).

Ps: Fuh!!! Premis tu dah 3 kali diserbu tahun lepas, tapi masih tetap beroperasi? Apa yang Si Ronnie Liu tu buat sebagai Exco yang jaga PBT? Takkan dia setakat tengok je kot!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping