Sabtu, Jun 16, 2012


Ps: Kalau kena pada puak - puak Pakatan Pembangkang, yang buat kecoh orang UMNO je. Jadi, adakah mereka jugak yang buat kecoh diceramah Zulkifli Nordin ni? Meh baca cerita dibawah. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!

Petaling Jaya - Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan.

Penganjur ceramah UMNO sewajarnya tidak mempraktik politik lembut dan lembek kerana politik di Malaysia ketika ini terlalu berbeza. Pembangkang semakin bertindak ganas bila melihat UMNO terlalu lembut dan lembek.

Sebelum ini serangan sebegini pernah berlaku ke atas pentas ceramah yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Ara Payung Batu Gajah. Mereka bertindak ganas sehingga ke hadapan pentas ceramah.

Kejadian serangan ke atas YB Zulkifli Nordin berlaku di Taman Petaling Perdana dalam program Debat Rakyat itu diserang oleh sekumpulan samseng yang dikenalpasti sebagai samseng upahan Anwar berkopiah putih ala Nik Aziz.

Salah seorang yang berkopiah putih dengan biadapnya menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun yang tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang Islam yang ketika dalam memakai kopiah putih.

Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan tetapi berlaku pergaduhan.

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu.

Samseng yang menimbulkan kekecohan tadi tidak puashati kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali seolah-olah dirasuk semacam mahu memukul Zulkifli Nordin.

Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. 

Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. - KLPos

Published with Blogger-droid v2.0.6
Categories: , , ,

11 ulasan:

  1. budaya ANWAR IBRAHIM ganas

    BalasPadam
  2. boleh link blog saya pada tuan...http://siemens-melayumaju.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. SEKALI-SEKALA PR PERLU AJAR ORANG BIADAP...

    BalasPadam
  4. Biadap ke? Kalau PR biadap sapa pulak nak ajar?

    BalasPadam
  5. Depa berani la ngan melayu kalau ngan kaum lagi telok pun kecut......low class

    BalasPadam
  6. Depa berani la ngan melayu kalau ngan kaum lagi telok pun kecut......low class

    BalasPadam
  7. kalau mmg dorang bersalah, tangkap je. tak payah nak menyalak teruk2.
    nanti timbul pulak tu samseng upahan UMNO sendiri. saja nak buat isu baru coz yg terkenal kat malaysia ni mmg samseng UMNO. nak jugak kata PR ada samseng. so,
    sila buat laporan dan mintak polis tangkap puak2 ni sekalipun mmg benar penyokong PR. jangan ada penyokong PR yg bagi kredit point tok UBN buat isu.

    BalasPadam
  8. lepas nih jangan bg muka kat pas bodoh nih..... biaq menang jadi arang kalah jd abu....

    BalasPadam
  9. PAS mengaku pejuang islam tapi akhlak buruk,kaki pukul,samseng,hati busuk + giler gaduh = pejuang sewel.

    BalasPadam
  10. inilah pemikiran terbuka yg mereka laung2kn dengarlah apa yg nah dicakapkan YB tu dulu fikirkn dng waras betul ke tak, ini meroyan tak tentu arah takut kebenaran kot, dah perangai mereka2 yg buta mata dan hati -semak balik mcmana ahlak Rasullah wahai abg2 ustaz

    BalasPadam
  11. Dah terserlah akhlak buruk pemimpin dan para pengikut PAS dan PKR ni.. apa lagi PRU 13 no undi untuk kedua parti ini..
    dari dulu kini dan selamanya.. kebiadapan dan perangai samseng sentiasa amalan mereka.. sehingga sanggup kata Allah itu "maha samseng"..
    mereka ikut perangai gengster DAP..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping