Sabtu, Jun 23, 2012


Tindakan LGE yang menyalahkan kerajaan negeri BN terhadap pembinaan dilereng bukit adalah tindakan pengecut yang tidak berani mengambil tanggungjawab atas kesalahan dia malah dengan mudah menyalahkan kerajaan BN. 

YDP MPPP juga telah mengatakan bahawa MPPP boleh memperbaharui Pelan Kebenaran Merancang setelah tamat tempoh 12 bulan atau setahun selama 5 kali iaitu selama 5 tahun, yakni pelan kebenaran merancang yang diluluskan pada tahun 2007 masih mampu ditambah syarat oleh MPPP setelah kerajaan DAP mengambil alih sejak Mac 2008.

Adalah didapati walaupun pelan kebenaran merancang diluluskan oleh kerajaan BN, namun tiada pembinaan dimulakan drastik sebelum mac 2008, malah kesan drastik pembinaan dilereng bukit mula dibina sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini setelah pelan bangunan diluluskan. 


Setelah isu ini ditimbulkan, LGE terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menggunakan kepakaran geoteknikal Dr.Gue yang berkelulusan daripada OXFORD untuk memberikan penilaian teknikal terhadap pembinaan lereng bukit.

Jika benar mereka menggunakan kepakaran Dr.Gue, maka sudah pasti syarat baru pelan kebenaran merancang telah dikenakan sepertimana , oleh itu semua kerosakkan yang timbul adalah hasil daripada kelulusan pelan bangunan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri DAP.

Pemuda UMNO berharap LGE memberhentikan sandiwaranya terhadap pembangunan2 di lereng bukit yang tidak terkawal dan telah merosakkan keindahan sebenar Pulau Pinang.

Sikap LGE yang sering menuduh BN untuk mengelakkan tanggungjawabnya sudah dapat dinilai oleh rakyat pp yang semakin sedar sifat kerajaan negeri DAP yang hanya ingin mengaut keuntungan segera dengan apa cara sekalipun. - Seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping