Sweden menjadi pasukan kedua yang bakal tersingkir dalam saingan Piala Euro 2012 selepas tewas kepada England 2-3 sebentar tadi.
Walaupun mereka berjaya mendahului England 2-1 seawal babak separuh masa kedua, namun akhirnya mereka tetap ketinggalan.
England berjaya mendapat gol pertama mereka pada awal separuh masa pertama hasil tandukan cantik Andy Caroll pada minit ke 23.
Babak kedua menyaksikan serangan bertali arus dari pasukan Sweden yang berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui Olof Mellberg pada minit ke 49.
10 minit kemudian, Olof berjaya meletakkan Sweden dihadapan dengan satu jaringan yang cukup menyakinkan.
Namun, jaringan Theo Walcott melalui sepakan percuma gagal ditepis penjaga gol Sweden meletakkan mereka seri 2-2.
Sejurus selepas menerima hantaran dari Theo Walcott, giliran Danny Welbeck pula mencipta nama sebagai penjaring England seterusnya memberikan mereka ruang untuk mara ke pusingan kedua.
England dijangka bertemu dengan Ukraine manakala Sweden turun berhadapan dengan Perancis bagi meneruskan saingan Kumpulan D.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.