Ps: Tahan la cerita kat bawah ni mengenai Si Duda mencari isteri baru. Tapi, kalau Si Ostad PKR tu pulak, macam mana? Dia dah masuk kategori lain.
Dia bukan duda, tetapi sebaliknya seorang suami kepada dua orang isteri. Pun masih dok menggatal nak cari isteri orang buat teman sebilik?
Bila kena kantoi, dia kata sedang memberikan kaunseling. Kaunseling menda kejadahnya pukul 3 pagi dalam bilik hotel!!! Itu kaunseling Haramjadah namanya!!!
Rasanya, cerita Si Ostad Badrol ni pun memang sesuai kalau dibuat drama agar ianya menjadi tauladan kepada semua orang. Kalau dah jenis manusia GATAL tak tentu arah tu, bagi la nama Ostad sekali pun. Semua habis melayang!!!
Telemovie arahan Aliff MNK yang berdurasi dua jam ini mengisahkan kehidupan Datuk Mahfoz (lakonan Mahadi Amin), seorang duda berumur 50-an yang kesunyian dan sangat meminati lagu-lagu berirama klasik.
Dia sudah beberapa kali gagal untuk mencari teman hidup sejak pemergian arwah isterinya. Sahabatnya yang bergelar Datuk Midon (Aman Shah) kemudian memberi idea agar dia bertukar tempat menjadi pemandu manakala pemandunya, Kalam (Radhi Khalid) menyamar sebagai Datuk Kalam.
Secara tidak sengaja mereka terserempak dengan seorang gadis bernama Amy (Intan Azura) yang memerlukan pertolongan. Pada masa yang sama Datuk Midon sedang mengaturkan janji temu janji Marissa (Zarynn Min) dan Datuk Mahfoz.
Marissa adalah sahabat baik dan rakan sekerja kepada Amy. Marissa pergi ke rumah Datuk Mahfoz untuk bertemu Datuk, tetapi Kalam pula menyamar sebagai ‘Datuk’. Marissa yang agak agresif meminta Kalam hadir ke pejabatnya bagi tujuan mendapatkan projek daripada ‘syarikat Kalam’ kerana syarikat sendiri sedang mengalami masalah kewangan.
Apabila Datuk Mahfoz mendapat tahu yang Amy pemilik syarikat Amy Advertising & Associates, dia pun bersetuju untuk membantu lalu mengarahkan Kalam menjadi perantaraan antara dia dengan Amy.
Hubungan Amy dan Mahfoz berjalan lancar sehinggalah Kamarul (Eizaz Azhar), bekas kekasih Amy, muncul semula menagih cinta Amy. Kamarul mendapat tahu Amy sedang berkawan dengan Mahfoz, lalu bertindak memukul Mahfoz sehingga koma.
Lalu Datuk Midon mengambil peluang untuk memberitahu Amy siapa sebenarnya Datuk Mahfoz.
Marissa tidak dapat menerima hakikat yang Kalam bukan berstatus Datuk kerana dia sudah mula menaruh harapan kepada Kalam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.