Rabu, Jun 20, 2012


Haduh!!! Mungkin perkara seperti ini sudah menjadi norma buat Si Husam Musang tu kot. Bila dia dah jelas kantoi satu - satu isu, dia bantai menipu pulak.

Dalam dakwaan dia sebelum ini berkaitan dengan KGT, dia menuduh Syed Azidi sebagai 'Kucing Kurap' dan agenda itu semuanya kerja UMNO.

Kenyataan yang dikeluarkan pada 18 Jun lepas, Si Husam juga sebut yang dia tak tahu wujudnya dakwaan penyelewengan KGT dan skandal itu semuanya karut belaka.

Amalan penafian macam ni dah biasa dibuat. Malah dalam isu Ladang Rakyat pun macam tu jugak alasan yang Si Husam ni bagi.

Jadi, untuk penjelasan lanjut, meh kita baca apa kata bekas blogger upahan Si Husam ni nak cakap mengenai kenyataan dia sebelum ini. Lepas tu, macam biasa, korang fikir la sendiri!!!
Isu skandal matawang syariah ini  bukan isu peribadi antara saya dan YB Husam. Ini adalah isu yang melibatkan kesucian institusi agama Islam, pembeli dan pengguna dinar dan dirham dan lebih dari itu, identiti dan tingkah laku individu yang diberi amanah.
Sebagai rakyat dan pengundi di Kelantan saya berhak bertanya. Husam sebagai pemimpin yang dipilih rakyat wajib menjawab dengan betul. Ini bukan lawak jenaka. 
Kalau Husam sekadar boleh menjawab dengan marut marut begitu, ada baiknya Husam menyertai program TV Karoot Komedia X dan bukannya menjadi Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan. 
Atau meletakan jawatan Exco dan ADUN untuk menyertai pelbagai program lawak jenaka yang semakin popular di kaca TV sekarang. Dan bila memasuki pentas lawak jenaka, Husam perlu tahu bahawa pelawak juga ada etika. 
Mereka bukan membuat lawak bodoh tetapi mereka mengkritik kepimpinan dan masyarakat dalam halus. Dan dari situ Husam akan dapat belajar bahawa kemuliaan perlu ada di dalam setiap tugas yang kita pikul.
Apakah dunia Husam hanya berputar kerana adanya UMNO? Semua benda mesti UMNO? Husam sendiri tidak pernahkan bertemu pemimpin UMNO. 
Bahkan Husam sendiri pernah banyak kali meminta saya mengatur pertemuannya dengan pemimpin UMNO. Kalau gilakan UMNO, kenapa tidak sertai sahaja UMNO.
Skandal matawang syariah ini bukan kerana pilihanraya. Kita tidak perlu risau bila pilihanraya. Apa yang Husam perlu risau ialah sudahkan dia tunaikan janji pilihanrayanya yang lalu? - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping