GOSIP liar dan kontroversi memang tidak pernah sunyi dalam hidup pelakon meningkat naik, Tasha Shilla. Lepas satu, satu ia datang mengganggu emosi sekali gus menguji ketabahannya sebagai artis baru di persada hiburan tanah air.
Selepas reda gosip dirinya disimpan ‘sugar daddy’, menjalin hubungan lesbian, sombong, berlagak serta pilih bulu, Tasha dikaitkan dengan cerita panas lagi iaitu menari ghairah ala ‘pole dancing’ ketika meraikan sambutan hari jadinya yang ke-25 di sebuah kelab hiburan terkenal, baru-baru ini.
Gosip itu disebarkan oleh sebuah blog hiburan. Menurut gosip itu lagi, Tasha dikatakan baru pulang dari Perth, Australia untuk menyambut hari lahirnya di kelab hiburan berkenaan.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Natasha Sheila Abd Razak yang dikenali dalam drama bersiri Sahara, Gemilang dan Bunga April ini, dia melihat kontroversi yang datang sedikit sebanyak menjejaskan nama baiknya sebagai artis.
“Sebelum ini, rekod saya memang bersih daripada kontroversi sedemikian. Kontroversi itu keluar sebelum saya dicalonkan dalam Top 5, kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011).
“Sebenarnya, saya baru selesai penggambaran dan ke kelab itu dengan ditemani rakan untuk menyambut hari jadi di situ. Bila keluar cerita itu, kawan saya pun bertanya, saya menari di tiang yang mana satu kerana mereka tak nampak pun saya menari ghairah seperti digosipkan itu,” katanya.
Apapun, kata anak jati Kuala Lumpur yang sudah dua tahun berlakon, dia tetap akan berkunjung ke kelab selepas ini.
“Sebelum ini, saya memang pernah ke kelab kerana ada acara di sana. Ada juga gosip tersebar yang mengatakan saya minum arak di kelab lain juga.
“Walaupun gosip itu tersebar, saya masih pergi kelab bersama kawan tapi akan lebih berhati-hati selepas ini kerana tidak mahu dikaitkan dengan gosip liar lagi,” katanya.
Bagaimanapun, akui Tasha, dia tidak mahu komen lebih lanjut cerita kontroversi itu lagi. “Saya tidak mahu orang kata saya cuba tegakkan benang yang basah pula.
"Saya juga dapat komen daripada kelab peminat yang mengikuti cerita itu dan tidak mahu memanjangkannya lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku itu.
“Peminat juga memberi kekuatan dan sokongan padu pada saya untuk berdepan dengan semua ini. Saya percaya bukan semua orang suka pada kita dan saya pula hanya buat yang terbaik untuk diri,” katanya.
Ditanya sama ada dia tidak kisah dilabel ratu kontroversi sebaris dengan barisan artis sedia ada, Tasha yang anggun dengan rekaan pereka Riffai petang itu, menganggap dirinya masih sama seperti dulu.
“Sedikit sebanyak, kontroversi yang melanda menjejaskan nama baik saya sebagai artis. Saya percaya, nama kita boleh naik atau jatuh kerana cerita kontroversi.
“Mula-mula baca gosip itu, saya berasa ‘sakit’ juga. Tapi, saya tidak mahu terlampau fikirkan sangat. Saya perlu melihatnya dari sudut yang positif,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.