Jumaat, Jun 08, 2012


Sukar untuk kita percaya, tapi masih jugak wujud kemungkinan bahawa perkara seumpama ini boleh berlaku. Mana tidaknya. Sebelum ini gambar dia pun tersiar di Jepun.

Jadi, pelik apa kalau videonya juga turut dipaparkan di Negara seperti Perancis? Tinggal lagi, cerita ini hanya cerita sahaja. Tidak ada pun didedahkan bukti dan sebagainya.

Ianya satu contoh paling hampir dengan tindakan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang selama hari ini dimana mereka hanya buat dakwaan sahaja.

Bukti terhadap dakwaan tu pulak tak pernah nak ditunjukkan kepada rakyat di Malaysia. Diorang setakat bercakap kosong je. Jadi, macam mana orang nak percaya?

Apa yang diorang buat selama ini hanya berlandaskan kepada pemikiran logik semata - mata. Dan dari situ mereka mencipta jalan cerita seterusnya. Tidak lebih dari itu.

Sama la dengan isu berkaitan dengan Kapal Selam Scorpene ni. Kata mereka, kes tersebut telah dibicarakan didalam mahkamah Perancis pada ketika ini.

Mungkin sebab itulah mereka tidak pernah mendedahkan bukti berkaitan dengan dakwaan yang dibuat. Alasannya, ia dah jadi bahan bukti bagi kes tersebut.

Namun, hakikatnya, kes tu tak pernah pun timbul dalam mana - mana mahkamah di Negara Perancis. Ianya hanya helah dan khayalan puak - puak Pakatan semata - mata.

Bukan setakat kenyataan dibawah sahaja yang menjadi bukti terhadap perkara ini. Malah jika ditanya kepada beberapa orang sahabat yang bekerja disana pun, diorang tak tau apa - apa.

Tapi, apa nak pelik ye tak. Dah nama pun diorang puak - puak Pakatan Penipu Rakyat. Jadi, apa lagi kerja yang diorang mampu buat selain dari menipu je kerjanya!!! Bukannya diorang ada kerja lain!!!
Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”
Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.   
SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.
Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis.
Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.
Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut.
Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.
Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka.
Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.
Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas.
Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.
Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis. 
Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis.  Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.
Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali.
Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. so pe lagi dh tau tipu saman je SUARAM..

    BalasPadam
  2. macam managua nak saman sebab gua pun klentong je org umnoo kebanyakkan bangang bin bahlol

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping