Semalam seorang sahabat Semut bermimpi. Dalam mimpi itu, dia kata Si Ketua Penipu tu dah dapat jadi Perdana Menteri (Nauzubillah Humin Zaliq).
Harap - harap, jangan la mimpi sahabat Semut tu menjadi kenyataan. Kalau ianya menjadi kenyataan, memang jahanam la Negara ni jawabnya.
Sebab mimpi sahabat Semut tu bukan setakat itu sahaja. Ianya panjang sehingga mengakibatkan sahabat Semut tu berpeluh - peluh dalam tidurnya.
Kata dia, dalam mimpi tu dia berhenti disatu masjid untuk menunaikan solat zohor yang kebetulan akan masuk waktunya tak berapa lama lagi.
Sebelum azan berkumandang, dia singgah disebuah kedai makan berhadapan dengan masjid tersebut. Di kedai makan tu ramai orang.
Kebanyakkan pelanggan kedai tu semuanya memakai serban dan berkopiah putih. Ada jugak yang memakai 'semutar', duduk sambil minum kopi.
Mereka semua berbual mengenai hal - hal Politik. Betapa bagusnya pentadbiran Si Ketua Penipu tu sampaikan semua benda diberikan percuma. (Nauzubillah).
Belajar percuma, tol tak payah bayar, minyak murah, anak dapat elaun, ibu dirumah dapat duit. Pendek kata, semua kebajikan rakyat terjaga.
Sambil hirup kopi, sahabat Semut tu hanya menggelengkan kepala mendengar semua dakyah - dakyah pembohongan tersebut.
Padahal, apa yang diperkatakan oleh mereka tu satu hapah pun tak dibuat. Harga minyak masih kekal. Tol hanya beberapa tempat je yang ditutup. Elaun semua tarak.
Nak belajar tadika pun kena bayar RM 1,000 bagi setiap kanak - kanak. Tu belum campur yuran - yuran sampingan lagi. Entah berapa pulak yang ibu bapa kena bayar.
Kemudian, sahabat Semut tersentak kerana orang di masjid sudah mula mengangkat takbir menandakan solat zohor sudah bermula.
"Kenapa tak dengar azan?" soal sahabat Semut dalam hati kecilnya. Dia pun bergegas untuk ambil wudhu' dan terus masuk solat secara tergesa - gesa.
Sebelum sempat dia angkat takbir, dia jeling keluar dan lihat orang di kedai tu masih juga duduk berborak. "Tak solat ke diorang ni? Bercerita je lebihnya," kata hati sahabat itu tadi.
Selesai solat, dia pun keluar dan terus ke kedai itu semula. Dilihat orang dikedai tu masih ramai dan tidak berganjak. Mereka masih berbual mengenai Politik.
Terdetik hati kecilnya untuk bertanya, "Pakcik semua dah solat ke belum? Dari tadi saya tengok asyik sangat berborak pasal Politik."
Jawab seorang pakcik yang agak berusia di kedai tersebut, "Belum lagi nak. Kami semua orang PAS. Jadi, tak perlu susah - susah nak solat. Pangkah PAS kan masuk syurga."
Terdengar jawapan tersebut, sahabat Semut tu terus terjaga dari tidurnya. Nasib baik la semua tu hanya mimpi belaka. Kalau jadi betul, tak ke jahanam jawabnya? Korang fikir la sendiri!!!
amiiinnnn....
BalasPadamsemoga la ya.....
BalasPadam