"Korang tebas semak samun ni dulu. Dah siap nanti, baru kejutkan aku ye." |
Uik!!! Biar betul Si Mat Syabun ni. Apa maksud dia 'Nak Tebas Semak Samun' untuk ke Putrajaya ni? Adakah dia tujukan perkara tu kepada sesiapa?
Dalam kenyataan media yang dibuat semalam sewakti melancarkan Tabung Derma Kilat Dana PRU ke 13, Si Mat Syabun ni mengakui laluan ke Putrajaya amat sukar.
Banyak liku - liku yang perlu ditempuhi termasuk semak samun yang perlu ditebas terlebih dahulu sebelum dapat membina lebuh raya.
"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.
Apakah maksud sebenar yang nak disampaikan oleh Si Mat Syabun ni dengan menyatakan mengenai semak samun tu?
Semut yakin, ianya pasti ada kaitan dengan beberapa pemimpin PAS yang selama ini lantang mengkritik parti tersebut secara terang - terangan.
Nak pulak yang tampil mempertikaikan hubungan mereka dengan parti DAPigs dan PKR. Memang tidak dinafikan, ramai dikalangan mereka yang kecewa.
Mereka sendiri akui bahawa kerjasama diantara PAS dengan PKR dan DAPigs adalah satu tindakan yang hanya memakan diri. Apa yang mereka ludah dulu, kena balik pada mereka.
Dulu, mereka kata berkawan dan bekerjasama dengan orang bukan Islam dianggap KAFIR. Tapi sekarang, mereka sendiri yang menjebakkan diri dalam perkara tersebut.
Soal itu sahaja menjadi sukar untuk diperjelaskan kepada rakyat dibawah termasuk ahli - ahli PAS sendiri yang dulunya cukup taksub dengan perkara tersebut.
Dulu, nak pegang surat khabar berbahasa Cina pun orang PAS naik 'Geli Geleman'. Kononnya, dakwat yang digunakan tu diperbuat dari benda yang tidak halal.
Sekarang, diorang pulak jadi tukang jaja surat khabar DAPigs. Tak jijik pulak ye tak? Tak pulak diorang anggap ianya sebagai najis?
Inilah diantara perubahan yang berlaku didalam PAS dimana mereka sudah jauh berubah dari pendirian dan ketetapan yang pernah mereka buat tak lama dulu.
Malah, boleh disimpulkan bahawa 'semak samun' yang dimaksudkan oleh Si Mat Syabun tu kemungkinan berkaitan dengan pemimpin - pemimpin yang tak sehaluan dengan mereka.
Contohnya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang memang jelas kuat mengkritik partinya sendiri yang sudah terkeluar dari landasan sebenar.
Persoalannya, adakah salah jika Ustaz Nasha mengkritik demi Kebenaran? Adakah ianya menjadi satu dosa untuk mengkritik partinya sendiri yang jelas sudah hanyut semakin jauh?
Itulah sebenarnya sikap puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang bukannya terbuka sangat nak terima kritikan dan kecaman.
Kalau ada pemimpin yang buat, dah tentu pemimpin tu kena gam dari parti. Paling buruk, dipecat terus!!! Itu ke yang dikatakan sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Itu Pejuangan Islam Kepala Tengkorak Dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.