Ahad, Jun 24, 2012


Ps: Akhirnya, yang diludah tu jugak yang dia cari. Banyak la pahala orang BN dah bagi kepada rakyat ni rupanya ye. Buat hospital, buat jalan, buat masjid.

Lepas tu kena kutuk pulak dengan orang macam Si Bob Lokman ni atas pentas Politik. Dia sibuk dok kata Kerajaan ni kejam la, zalim la, tak jaga kebajikan rakyat la.

Macam - macam tuduhan yang dia buat. Tak pasal - pasal je orang Kerajaan dapat pahala free. Patut la doa orang PAS nak jahanamkan UMNO tak pernah menjadi!!!
Pilihan Anda - Bob Lokman diberitakan sesak nafas dan kini terlantar di hospital KERAJAAN. Aku suka nak mengulas isu takrifan KERAJAAN ini dengan puak-puak pembangkang.

Bagi pembangkang, kerajaan adalah satu entiti berbeza dengan parti, oleh yang demikian segala aktiviti parti tidak boleh menggunakan harta kerajaan, walaupun parti tersebut mengepalai KERAJAAN.

Semalam, Cikgu Mala telah menafikan beliau masuk UMNO dan menuduh ianya satu fitnah yang besar terhadapnya. 

Tuduhan tersebut bermula dari sebuah blog pro KERAJAAN yang mengatakan kebajikan Cikgu Mala tidak terbela oleh PAS hingga menyebabkan beliau condong kepada UMNO.

Cikgu Mala yang berang dengan kenyataan tersebut telah pun membuat sidang akhbar bagi menafikan perkara tersebut.

Malah, beliau turut menyindir penulis blog tersebut, jika mahu menjaga kebajikan beliau (andainya beliau bersama UMNO) kenapa UMNO...sekali lagi diulang, kenapa UMNO memindahkan suaminya jauh daripada sekolah sekarang.

Lantas, aku juga membawa persoalan ini kepada bacaan umum mengenai persoalan beliau. 

Aku cuma bertanya, mengapa Cikgu Mala menuduh UMNO memindahkan suaminya ke sekolah yang jauh? Mengapa beliau tidak mahu menyalahkan JPN?

Salah seorang komentator dalam blog ini (rasanya pro pembangkang..) memberi susur galur dari mana asalnya UMNO tersebut. Aku petik komen Tuan Ajey Hussin:

"aku nak tanya la JPN ni bawah kementerian pelajaran kan. so org pangkat tertinggi di kementerian pelajaran ialah menteri pelajaran. so aku nak tnye MP ni orang parti mane? BN or PR????"

Waah...sampai begitu ceritanya hanya untuk menyalahkan UMNO/BN. Sedangkan selama ini, pembangkang sering mempertikaikan penggunaan harta KERAJAAN oleh parti yang mengepalainya.

Bagi pembangkang, UMNO/BN tidak ada kena mengena langsung dengan KERAJAAN. KERAJAAN dan PARTI adalah satu benda, entiti yang berasingan.

Jadi, kenapa pula Cikgu Mala dan Tuan Ajiey Hussin mahu mengaitkan UMNO yang menukarkan suami beliau ke sekolah lain? Mengapa jadi hipokrit dan double standard?

Berbalik pada kisah Bob Lokman, kasihan beliau, penat tercungap-cungap katanya, sedang berceramah mengutuk KERAJAAN, akhirnya terlantar juga dikatil KERAJAAN.
Categories: , , ,

7 ulasan:

  1. dia nak pergi hospital mana lagi.takkan nak pergi hospital negara lain pulak.hospital disini tetap akan terima dia.nak buat macamana.bak kata orang pi mai tang tu.

    BalasPadam
  2. Jom kita ramai2 nyanyikan lagu ISABELLA untuk Bob!!!Amin!!!!

    BalasPadam
  3. tu pengajaran buat ko bob, andaikata malaysia ni tak maju, takder duit nak bina segala macam keperluan untuk rakyat yang ko dah mencerca, jawabnya ko duduk dalam hospital kandang babi ler jawabnya.

    BalasPadam
  4. sedar2 la Bob...
    Malaysia yg ZALIM ni lah yg buatkan ko tu idup senang lenang....

    Npa xmsuk spital swasta yg belanja ribu2 tu...org2 PAS xmo bayar bil ka....

    Busuk2 pun..yg tu jgk ko mkn ye Bobbbb...???

    BalasPadam
  5. Alahai bob cukup2 la tu..peringatan awal dr tuhan..jgn dok ikut sgt telunjuk pas ngok tu..akhirnya kerajaan juga pilihan anda..gi la private hospital..mintak la bantuan dr pasngok .dorg kn paling x suka dgn kerajaan..

    BalasPadam
  6. Dia kan nak suma free aje duk dlm dunia ni..
    Ini mcm, bina hospital + skolah sndri la!

    BalasPadam
  7. Masuk hospital kerajaan tu umpama masuk hospital UMNO. Tunggu apa lagi belah lah nanti tuduh kena suntik dengan racun arsenik pulak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping