Selasa, Julai 03, 2012


Kalau dalam laporan Utara News tadi, Si Ketua Penipu tu buat tuduhan terhadap kerajaan Barisan Nasional yang kononnya disifatkan sebagai pencuri.

Si Ketua Penipu tu kata, sesebuah Kerajaan bukan dilantik untuk mencuri wang rakyat melalui agihan kontrak dan tender projek.

Mungkin ayat Si Ketua Penipu tu juga turut ditujukan kepada Kerajaan PKR di Selangor yang juga turut melakukan perkara yang sama. Bukan sikit - sikit diorang balun.

Hampir RM 1billion telah disebat oleh Khalid Gagap yang melibatkan syarikat - syarikat yang berkaitan dengan agensi Kerajaan atau GLC terutama melalui Talam Corp.

Jadi, memang bagus sangat la Si Ketua Penipu tu menyindir kerajaan Khalid Gagap yang jelas masih GAGAL menjelaskan perkara ni kepada rakyat sejak DUA TAHUN lepas.

Bayangkan. Itu baru diorang dapat memerintah satu Negeri, dah diorang balun RM 1billion. Belum lagi diorang dapat memerintah Negara.

Maka tak mustahil la kalau Si Ketua Penipu tu mampu memiliki akaun dan aset sebanyak RM 3billion sepanjang dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

Mana taknya. Baru 4tahun memerintah Selangor, dah boleh sebat RM 1billion. Inikan pulak kalau 8 tahun jadi Menteri Kewangan. Dah tentu - tentu lagi banyak yang dia mampu kaut untuk diri dia sendiri!!!
KUALA LUMPUR: MCA mencabar kerajaan negeri Selangor untuk menjelaskan perjanjian bernilai RM1 bilion dengan Talam Corporation.
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, beliau mendapat maklumat bahawa syarikat senaraian awam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion.
"Kerajaan negeri sebaliknya membeli aset tambahan dari Talam bernilai RM284 juta daripada melunaskan hutang sebanyak RM392 juta itu," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini, Selasa.
Chua turut mencabar Khalid mendedahkan segala transaksi memandangkan Pakatan Rakyat mendakwa mereka mengamalkan pentadbiran telus dan adil.
"Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum mengotakan janjinya yang dibuat pada dua tahun lepas untuk membentangkan kertas putih mengenai kontroversi pemulihan hutang kerajaan negeri melibatkan Talam Corporation Bhd," katanya.
Chua berkata, kerajaan negeri itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendedahkan segala butiran terperinci selaras dengan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat tahun lalu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping