Khamis, Julai 05, 2012


Kenapa la dengan Tok Jan ni ye? Adakah dia ingat rakyat Malaysia ni tak tau apa benda yang dah berlaku di KUIN tu? Semua orang dah tau dah Tok Jan.

Tak payah la Tok Jan susah - susah nak menafikan perkara ni dan menyatakan bahawa Rektor KUIN tu tak perlu nak letak jawatan serta sebagainya.


Semua orang dah kecoh dah cerita pasal masalah dalam KUIN ni. Dah ibarat macam bangkai yang dah busuk. Bau dia tutup pakai apa pun dah tak jadi. Semua orang boleh bau.

Hakikatnya, bukan setakat pelajar je yang ditindas. Malah pegawai - pegawai serta pensyarah pun terlibat sama. Jadi, apa dia yang Tok Jan nak buat ni?

Semalam, Tok Jan selaku Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan supaya Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) tidak perlu letak jawatan.

Kata Tok Jan, kenapa pulak rektor tu nak letak jawatan sedangkan tidak ada sebarang masalah yang berlaku. 
“Insaniah ini tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Huh??? Biar betul. Kalau tak ada apa yang berlaku dan tak timbul sebarang masalah, kenapa pulak pekerja - pekerja dibahagian pentadbiran serta pensyarah ni nak buat demontsrasi?
ALOR SETAR – Kemelut pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini sejak beberapa bulan lalu memasuki episod baharu apabila kira-kira 200 kakitangannya mengadakan demonstrasi di kampus itu semalam bagi mendesak Rektor, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman meletak jawatan.
Demonstrasi itu yang dinamakan ‘Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0’ disertai kakitangan pelbagai peringkat serta dianjurkan selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Jamil yang didakwa mengabaikan kebajikan pekerja dan pelajar.
Jika Jamil enggan meletak jawatan, mereka menuntut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil tindakan memecat beliau.
Itu bukan satu masalah ke Tok Jan? Atau dia nak kata yang Himpunan tu pun satu ibadah yang perlu dibuat oleh kakitangan KUIN?

Atau, adakah demonstrasi Himpunan Aman Bersih KUIN 2.0 ni satu tindakan yang direncanakan oleh musuh - musuh Tok Jan untuk menjatuhkan dia?

Mana la kita tau ye tak. Dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang ada jenis manusia yang suka main tikam belakang ni. Jadi kemungkinan la Tok Jan pun dijadikan salah satu Kambing Hitam yang nak dikorbankan jugak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping