KUANTAN - Segala- galanya bermula kira-kira 10 tahun lalu apabila tiga beradik perempuan dibawa bapa mereka, Badrul Hamidi ke sebuah pusat boling di kompleks membeli belah Ipoh Parade, Perak.
Badrul yang aktif dalam sukan boling di peringkat liga tempatan akan ditemani tiga puterinya iaitu Saidatul Atrah, Syaidatul Afifah dan Syaidatul Afyna setiap kali beraksi.
Bagi kanak-kanak, aktiviti seperti itu sudah tentu sesuatu yang membosankan, namun tidak buat Afifah dan Afyna.
Afifah dan Afyna yang berusia 11 dan 9 tahun ketika itu mula berjinak dengan boling dan lama-kelamaan mahir dengannya.
Setahun kemudian, bakat mereka mula terserlah apabila berjaya mendapat tempat dalam program pembangunan Kongres Tenpin Boling Malaysia-Majlis Sukan Negara (MTBC-NSC) dalam satu pemilihan.
Afifah dan Afyna, 19, akan bergabung tenaga memulakan pemburuan 13 emas yang ditawarkan pada temasya kali ini bermula dengan acara perseorangan hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.