Disaat berita mengenai penangkapan mamat ni, sudah pun timbul satu persoalan. Siapa dia mamat ni sebenarnya? Famous sangat ke dia sampai jadi bahan berita?
Hari tu, orang dok sibuk cerita pasal dia bercinta dengan bekas Permaisuri Sultan Selangor. Sekarang ni, dok sibuk pulak menghina Sultan Johor.
Dia ni ada darah Raja ke? Ke dia ni memang berangan - angan nak jadi Raja? Suka - suka hati je dia nak hina Raja Melayu apa pasal?
Bagi Semut, orang macam mamat ni sebenarnya tak perlu nak diberikan perhatian sangat. Dia bukannya penting pun. Setakat nak naikkan nama dia je. Nak cari glamour.
Tapi, dalam masa yang sama, tindakan dia tu hanya memburukkan imej diri dia sendiri dan juga keluarganya. Tinggal lagi, orang jenis kaki lalok ni, dia peduli apa ye tak. Itu pasal la dia suka buat benda yang bukan - bukan!!!
KUALA LUMPUR - Peguam Kamal Hisham Jaafar menafikan pernah mengenali atau berjumpa dengan pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdulah Syed Hussein Al-Attasyang kini ditahan reman oleh polis.Selain itu, beliau turut menafikan pernah mengupah Uncle Seekers untuk memaparkan artikel mengenaidakwaan penganiayaan Sultan Johor keatasnya.“Dalam blognya, beliau telah memaparkan artikel berkaitan penganiayaan terhadap saya dan beberapa dokumen lain selaras dengan apa yang saya perjuangkan.“Namun, saya pelik bagaimana beliau boleh dapat dokumen-dokumen itu sedangkan saya tidak pernah bertemu beliau," katabeliau pada sidang media menerusi telefon kira-kira 30 minit dipejabatnya,petang ini.Sehubungan itu, Kamal Hisham berkata, beliau meminta peguamnya mengkaji perkara itu dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uncle Seekers.“Saya juga banyak dikritik dan dikutuk di dalam blognya itu. Saya ada minta rakan dia sampaikan pesanan supaya berhenti mengkritik saya, jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya.
Bila Uncleseekers sebut Jamil Kucing jer dah tau lah itu berkaitan PKR.
BalasPadamPKR telah mengupah mat lalok yang kekeringan wang untuk menyerang institusi Raja Raja.