KUALA LUMPUR - Tokoh budayawan Azah Aziz, yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia di sini, hari ini.
Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, meninggal dunia pada usia 84.
Dalam pada itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli Majlis Tertinggi parti itu mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Azah Aziz.
Ps: Takziah juga Semut ucapkan kepada Pak Engku dan juga keluarga diatas pemergian isteri dan ibu yang tercinta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amin Ya Rabbal Alamin...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.