Isnin, Julai 09, 2012


La, ish!!! Apa pasal pulak dengan Si Nurul Izzah ni? Kenapa pulak dia nak mengamuk bila orang kata yang Papa dia seorang yang ketinggalan zaman?

Dia tak sedar ke yang Papa dia tu dah tua. Jadi, memang la taktik yang digunakan oleh Si Papa dia tu juga satu taktik lapuk yang hanya digunakan semula.

Sebelum ni, kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Papa dia tu telah pun digunakan oleh Presiden PAS Pusat, Si Hadi Awang untuk meraih sokongan.

Sekarang ni, Papa dia pulak yang guna taktik tu. Nampak sangat la yang Papa dia tu dah 'Outdated' dan tamat tempoh. Jadi, memang patut sangat la dia bersara. Lagi pun, Papa dia tu dah tua!!! Suruh dia duduk rumah je, jaga cucu lagi bagus!!! Ada jugak faedahnya!!!
KUALA LUMPUR - Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba membuat gimik politik 'old-fashion' apabila menyatakan hasrat akan berundur jika gagal dalam misi mengemudi Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini, Anwar sepatutnya bersara sekarang tanpa perlu menunggu sehingga PRU13.

"Tindakan Anwar ini merupakan satu gimik yang biasa dan 'old-fashion'. Anwar jelas mahu meraih simpati rakyat dan para pengikutnya," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan berkata, Anwar sudah terdesak apabila sanggup menggunakan taktik ini bagi meraih undi.

"Semestinya Anwar berasa tertekan dan terdesak apabila usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu berkesan bagi mendapat sokongan kaum Melayu dan bukan Melayu negara ini," kata beliau.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Berhenti. la ... Buat amal ibadat banyak2... bukan muda lagi kan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping