Rabu, Julai 04, 2012


Secara realitinya, Si Ketua Penipu tu sekarang boleh dianggap sebagai satu liabiliti besar atau beban yang hanya menyusahkan Pakatan Pembangkang sahaja.

Dalam erti kata lain, puak - puak Pakatan Pembangkang seperti DAPigs dan PAS hanya menganggap Si Ketua Penipu tu sebagai 'Biawak Hidup' yang harus digalas.

Senario terkini sejak tahun lepas, Si Ketua Penipu tu dilihat semakin lemah untuk menarik sokongan walaupun didalam kawasan Parlimennya sendiri, iaitu Permatang Pauh.  

Dalam ceramahnya pada 21 Oktober 2011 yang lalu, ianya jelas tidak mendapat sambutan lansung sedangkan Permatang Pauh tu adalah kubu kuat dia selama ini.

Sebagai seorang Kaki Putar yang cukup berpengalaman, dia dah tentu tak akan membiarkan dirinya kalah dan dimalukan di kubu kuatnya sendiri.

Jadi, secara logiknya mengikut spekulasi beberapa pengikut rapat Si Ketua penipu tu kata kemungkinan dia akan lari ke tempat lain.

Dari sumber yang diperolehi, nama Nibong Tebal sering menjadi sebutan dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Parlimen tu sering dikaitkan dengannya.

Sebelum ini, orang kata Si Nurul Izzah tu sendiri akan dicalonkan dikawasan tersebut kerana reputasinya kian buruk di Lembah Pantai.

Tapi, kenapa pulak dia nak pilih Nibong Tebal untuk letak diri dia atau puak kedarak dia sendiri? Sebab di Nibong tebal la tempat dia dilahirkan.

Tambahan pulak, kerusi Parlimen tu dimenangi PKR yang memperolehi 20,210 undi mengalahkan Ketua UMNO Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. 

Sebelum ini, Ahli Parlimen PKR, Tan Tee Beng telah mengambil langkah drastik dan bertindak untuk keluar parti apabila tak puas hati dengan Si Biawak Guan Eng tu.

Kemungkinan UMNO akan letak calon yang sama. Maka, Si Ketua Penipu tu perlu berhadapan dengan Ketua UMNO Negeri Pulau Pinang dalam PRU ke-13 nanti.

Tapi, itu pun kalau dia berani la. Kalau ikut cakap dia, semua orang dalam Malaysia ni sokong apa yang dia buat. Jadi, berani tak dia nak berdepan dengan Datuk Seri Zainal Abidin nanti? Kalau setakat berani cakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping