SEBELUM ini pelakon Fizz Fairuz pernah membuat kenyataan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, aktres Almy Nadia setelah memenangi anugerah dalam sebuah acara yang berlangsung pada April lalu.
Bagaimanapun, kontroversi mula timbul apabila Almy menyatakan langsung tidak mengetahui mengenai perkara tersebut, malah Fizz sendiri langsung tidak pernah berbincang dengannya.
Kosmo! berkesempatan berdepan dengan Almy yang ditemui pada acara Viewing Party Semi Final Euro 2012 di Sapec U8, Bukit Jelutong, Shah Alam Khamis lalu untuk mengetahui tentang perkembangan terkini tentang hubungan mereka.
Kosmo!: Khabarnya sekarang hubungan Almy dan Fizz kembali pulih. Jadi, adakah kamu berdua sudah bersedia mendirikan rumah tangga?
ALMY: Saya minta maaf kerana tidak mahu lagi memberi sebarang komen mengenai perhubungan saya dan Fizz. Selepas ini biarlah saya tutup mulut dan tidak bercerita apa-apa pun tentang perkara ini.
Kalau sebelum ini saya bersifat terbuka bercerita apa sahaja mengenai diri saya termasuk kisah cinta, kini saya akan lebih berhati-hati untuk membuat sebarang kenyataan.
Adakah Almy telah diberi amaran oleh Fizz supaya tidak bersuara tentang hubungan kamu berdua?
Saya ingin tegaskan bahawa keputusan yang dibuat ini langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk Fizz. Malah, ibu juga sudah memarahi saya apabila terlalu kerap kisah percintaan saya didedahkan di media.
Boleh dikatakan apabila bertemu dengan pihak media dalam mana-mana majlis, saya sering diajukan pertanyaan mengenai cinta berbanding kerjaya.
Namun, saya tidak menyalahkan pihak media kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mencari bahan berita yang menarik.
Jadi, apakah status hubungan Almy dan Fizz sekarang ini?
Entahlah, saya sendiri memang tidak tahu untuk menyatakan keadaan sebenar tentang hubungan kami. Saya tidak mahu segala kenyataan yang diberikan boleh menimbulkan salah faham pula hingga membuatkan para peminat keliru.
Buat masa ini saya lebih gemar berdiam diri dan reda sahaja dengan apa yang berlaku. Sebelum ini saya sudah selalu dikritik oleh segelintir pihak apabila hubungan kami ini terlampau digembar-gemburkan.
Apa yang boleh saya katakan sekarang, segala isu yang timbul sehingga menjadi persoalan ramai akan terlerai juga satu hari nanti. Cuma, saya tidak pasti bila masa itu akan tiba.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.