Rasanya, dah tentu Si Khalid Gagap tu akan kembang hidung mendengar berita dibawah ni. Maka, lepas ni bakal naik la nama dia di Selangor nanti.
Tapi, dia nak bangga pun bukan atas kejayaan dia sendiri. Sebaliknya, ini kejayaan orang lain yang mana mereka sendiri berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut.
KUANTAN - Hari ini telah berlansungnya acara sukan bola sepak yang bermula sejak awal pagi tadi. Sebanyak 6 pasukan telah memulakan persaingan di 3 venue utama.
Pertandingan hari ini melibatkan Negeri Johor, Selangor, Kedah, Sabah, Brunei dan Perlis bagi kumpulan B dan C.
Perlawanan diantara Kedah dan Brunei menyaksikan saingan seri 1-1, manakala Perlis pula berjaya menewaskan Sabah 1-0.
Keputusan tersebut meletakkan pasukan Perlis ditangga teratas Kumpulan C dengan kelebihan 3 mata penuh. Kedah dan Brunei berkongsi mata ditangga kedua dan ketiga.
Saingan bagi kumpulan B diantara Selangor dan Johor pula berlansung di Stadium Darul Makmur dimana Selangor menumpaskan Johor 4-1.
Petang ini nanti, bakal menyaksikan 8 pasukan lagi yang akan meneruskan saingan bagi Kumpulan A dan Kumpulan D.
Pasukan yang terlibat adalah dari Negeri Pahang lwn Terengganu, Sarawak lwn Pulau Pinang, Kelantan lwn Wilayah Persekutuan dan Melaka Negeri Sembilan.
Perlawanan tumpuan semesti diantara Pahang menentang Terengganu memandangkan Terengganu merupakan juara bertahan. Jadi, sama - sama la kita saksikan perlawan tersebut di Stadium Darul Makmur jam 4.45 petang nanti!!!
Ps: Keputusan terkini perlawan boleh korang dapat dalam portal Pahangku.com. Tak pun, korang klik je pada banner kat atas tu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.