Rabu, Julai 04, 2012


Apa la nasib Madam Lim ni ye. Suami dia punya pasal, dia pulak yang kena gantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Melaka.

Tapi, siapa suruh suami dia 'menggatal' kat Pulau Pinang. Memang patut sangat la Madam Lim ni kena serang dalam sidang Dewan.

Yang Si Madam Lim tu pulak, bila orang dah tanya, kena la jawab. Yang dia dok maki hamun orang tak tentu arah kenapa pulak!!! Kalau tak dapat jawab, duduk diam - diam sudah la.


Itu pun Si Madam Lim tu masih lagi nak pertikaikan kenapa pihak media buat liputan mengenai insiden tersebut. Dah memang tugas media buat laporan.


Lagi pun, memang dah jadi kebiasaan pihak media buat liputan sewaktu sidang DUN berlansung tanpa mengira bila ianya diadakan.

Tapi, tak pelik la sebab di Pulau Pinang, diorang bagi 'Kebebasan' media secara mutlak. Jangan katakan kamera, wartawan nak tulis pun dia halang. Bebas la sangat ye tak.

Kalau diorang betul - betul nak memperjuangkan Hak Kebebasan Media, kenapa pulak nak dihalang media buat laporan sepanjang sidang DUN diadakan?

Itu pun dah satu hal. Satu lagi, tak de siapa yang buat fitnah terhadap suami dia tu. Orang cuma bertanya je. Kot dia tak dapat jawab, senyap sudah la. Yang dia meroyan tu kenapa?

Tambahan pulak, agenda mengaitkan keluarga dalam Politik ni dimainkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri. Bukannya orang lain.

Cuba tengok apa yang diorang buat terhadap Datuk Seri Najib. Siap tuduh bakal menantu dia dengan tuduhan yang bukan - bukan. Itu bukan mengaitkan kaum keluarga namanya?

Lepas tu dok buat cerita kata pertunangan anak dia tu dibiayai oleh pihak Kerajaan menggunakan duit rakyat. Bila orang kat diorang buat fitnah, tau pulak diorang spin ayat.

Kata orang yang buat fitnah, ini bukan fitnah tapi hanya mempersoalkan mengenai perkara tu sahaja. Nah!!! Kan sama je keadaannya tu? Kenapa masa tu Madam Lim tak meroyan?

Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Pembangkang ni jelas mempunyai masalah moral yang cukup teruk. Macam mana la diorang nak jadi pemerintah dimasa akan datang. Alamat jahanam la jawabnya Negara ni nanti!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping