Isnin, Julai 02, 2012


Mak ai!!! Memang tak laku betul rupanya Si Azan Ismail ni ye. Sampaikan ada orang yang hantar email pada Semut bertanya, "siapa dia mamat ni?"

Nampak sangat la yang dia memang bukan pemimpin yang terkenal. Mana tidaknya, dia turun padang pun MALAS!!! Jaga kawasan sendiri lagi la. Lansung tak nampak batang hidung!!! 

Nah!!! Korang baca la sendiri isi kandungan email yang dikirimkan kepada Semut kat bawah ni. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!
Saya agak tersentak bila membaca akhbar semalam mengenai Azan Ismail yang mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti.  Katanya, habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.
Sya bukan tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran saya jadi kosong bila cuba nak ingat, siapa dia Azan Ismail ni? 
Jarang sekali saya dengar nama dia. Jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia?  Jika menurut laporan akhbar tersebut, Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti.  Saya ulangi, BERKUALITI.
Maka saya tertanya-tanya, bagaimana saya tak dapat nak ingat seorang pemimpin pembangkang yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin pembangkang yang berkualiti?  Kerana tidak puas hati, saya pun melayari nama Azan di internet.  
Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila beliau telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi.   
Lalu, saya pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab, dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis. 
Berita lain mengenai Azan, penulis dapati dari sebuah laman web SuaraKuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya. 
Suka saya memetik kata-kata rakyat Kuantan di sini:  “Kepada saudara Azan Ismail, kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana. Jika saudara tidak boleh membantu kami, elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tamggungjawab sebagai ahli parlimen…”  
Marah benar rakyat kawasannya terhadapnya sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar di mana tak sanggup untuk penulis petikkan kembali di sini.   
Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah beliau telah ditolak oleh partinya sendiri.   
Pada 18 Jun lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13.   
Alasan yang beliau beri ialah “Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya.”
Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang ‘memuaskan’?
Maka, inikah Azan Ismail yang kononnya ‘berkualiti’ sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti?  Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap, tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan?   
Sebenarnya, Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali.  
Pesan saya, jika Azan ingin bermain tarik tali, tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti.   
Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir.  
Justeru, Azan perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku, dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja.  Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping