Selasa, Julai 03, 2012

PETALING JAYA: Pelakon Neelofa memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dan bertegur sapa dengan Anzalna pada masa akan datang kerana menganggap persengketaan antara mereka sudah berakhir.
Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 23, itu berkata, dia tidak menyimpan sebarang dendam kepada Anzalna, 24, kerana aktres itu sudah melaksanakan tanggungjawabnya memohon maaf ekoran kenyataan fitnah yang dikeluarkan di akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.
“Tiada masalah untuk kami berkawan selepas ini. Sebelum timbul kes ini pun saya pernah bertegur sapa jika terserempak di majlis atau acara tertentu.
“Saya sudah terfikir untuk memaafkan dia selepas dia gagal menjawab notis tuntutan yang dikeluarkan pada tempoh hari. Apabila dia bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu, saya tiada masalah untuk berdamai,” katanya.
Neelofa berkata demikian selepas sidang media permohonan maaf daripada Anzalna kepadanya di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara, di sini, petang Isnin.
Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit.
Neelofa berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berpuas hati dengan permohonan maaf daripada Anzalna kerana ia mengikut ketetapan yang dimintanya dalam surat perjanjian yang dikeluarkan.
“Saya sudah memaafkan dia kerana dia bersetuju memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu. Kes ini pun sudah selesai pada hari ini.
“Cuma dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di khalayak atau media dan tidak memanjangkan lagi hal,” katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan untuk mereka berlakon bersama pada masa akan datang, Neelofa berkata dia tidak keberatan untuk bekerjasama jika tawaran yang diterima menepati cita rasanya.
“Saya tiada masalah untuk bekerjasama dan berlakon bersama jika ada tawaran yang bersesuaian selepas ini. Jika ia melibatkan kerja, saya akan profesional dan meneruskan kerjasama itu,” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping