Khamis, Julai 05, 2012


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Begitulah ungkapan yang layak ditujukan buat bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim kedua ini, Cristina Suzanne atau nama penuhnya Cristina Suzanne Stockstill.
Mula menempa nama melalui drama Bicara Hati, bakat Cristina Suzanne atau lebih mesra disapa sebagai Cris kelihatan sedikit demi sedikit melalui drama-drama lakonannya seperti Kasih Najihah, Dia Bukan Mariam, dan Memberku Hawa.
Seorang yang peramah, mudah mesra dan berterus terang membuatkan sesiapa sahaja mudah mendekati wanita berusia 27 tahun ini. 
Tidak dinafikan, ketika sesi temu ramah dijalankan juga, penulis berasa amat senang berbicara dan Cris sentiasa terbuka dalam menjawab apa juga persoalan yang dilemparkan kepadanya.
"Saya memang seorang yang terbuka dan memang tidak dinafikan perwatakan saya juga tidaklah selembut mana. 
Pada hari biasa, saya lebih selesa memakai jean dan kemeja T sahaja," tuturnya semasa ditemui dalam sidang akhbar sebelum penggambaran filem sulung penglibatannya, Jwanita yang bertempat di Paradiso Cine Lounge, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Setelah dua tahun pembabitannya dalam dunia lakonan, Cris telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh penggarap filem pecah panggung, Ombak Rindu iaitu Osman Ali bagi memegang watak utama sebagai Julaika dalam filem berjudul Jwanita. 
Selain Chris, filem tersebut turut dibintangi Maya Karin, Bront Palarae dan Marsha Milan Londoh.
Mengakui terasa kecil apabila namanya terpilih untuk berdamping dengan nama-nama besar industri perfileman, dia bagaimanapun berasa syukur kerana walaupun agak baharu dalam bidang ini, Osman berani mempertaruh kredibilitinya untuk naskhah terkini beliau.
Dalam filem tersebut, Cris memegang watak sebagai seorang isteri kepada doktor yang bernama Dr. Farhan, lakonan Bront Palarae yang juga merupakan seorang ibu urban yang berkerjaya yang mempunyai dua orang anak.
"Ini merupakan filem pertama saya dan memegang watak utama. Saya terima kerana watak Julaika itu sendiri. Saya rasa bertuah dan beruntung kerana dapat peluang untuk berlakon dengan nama-nama besar.
"Saya sebenarnya tidak tahu mengapa saya dipilih oleh Osman Ali dalam Jwanita. Ini kerana saya akui, saya masih baharu dalam industri ini. 
Namun, mungkin ia rezeki saya dan Osman ingin mengajar saya kerana percaya pada bakat yang ada dalam diri," tuturnya yang sentiasa ketawa dan mengukir senyuman sepanjang temu ramah berlangsung.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping