Kalau ikut perhitungan tahun Hijrah, bulan puasa ni mengingatkan kita kepada satu peristiwa yang berlaku tahun lepas dibulan yang mulia ni.
Sewajarnya, insiden tu tak boleh dilupakan lansung oleh mana - mana umat Islam di Malaysia kerana ianya dianggap satu pengkhianatan yang jelas dan nyata.
Bukan setakat mereka yang terlibat. Tetapi turut dikhianati oleh pemimpin seperti Si Khalid Gagap serta kepimpinan PAS yang lain.
Tahun lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dah menyerbu sebuah gereja dimana terdapat umat Islam yang sedang dimurtadkan.
Walaupun perkara tu berlaku secara terang - terangan, Si Khalid Gagap cuba nak menutup perkara tersebut dari diketahui oleh orang ramai.
Tambah memalukan, kepimpinan PAS pun turut bersama - sama menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan orang ramai.
Tak cukup dengan itu, kepimpinan PAS seperti Si Mustafa Ali juga turut menuduh UMNO sebagai dalang dalam serbuan tersebut untuk menyelamatkan umat Islam tersebut.
Bayangkan. Sebuah parti yang KONONnya mendabik dada mengatakan yang diorang memperjuangkan Islam boleh salahkan orang lain pulak.
Padahal, sepatutnya, diorang yang menjadi dalang dalam serbuan tersebut demi untuk menyelamatkan umat Islam yang hendak dimurtadkan.
Sudah setahun kejadian itu berlalu. Namun umat Islam Malaysia tidak akan melupakannya. Khalid Gagap telah berjanji untuk mendedahkan kertas siasatan kepada umum.
Kata dia nak bagi tau selepas berakhirnya bulan ramadhan. Tapi, dah setahun Khalid!!! Dah setahun!!! Ramadhan tahun bila dia nak dedahkan butiran mengenai serbuan tu?
Ramadhan tahun depan? 20 tahun lagi? Jangan ingat rakyat bodoh sangat la Khalid oi!!! Nampak sangat la dia tak bertanggungjawab lansung sebagai Menteri Besar. Apa yang dia buat setakat nak lepaskan batuk ditangga je!!! Kalau macam tu, baik tak payah jadi MB!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.