Isnin, Julai 23, 2012


Buat sekian kalinya, kenyataan yang keluar dari mulut Pak Berahim ni sebenarnya adalah untuk menyelamatkan PAS semata - mata.

Hakikatnya, PAS sedar mereka semakin mendapat tentangan dikalangan ahli - ahli kerana terlalu tunduk dan patuh kepada DAPigs dalam perjuangan parti.

Maka sebab otulah Pak Berahim ambik keputusan drastik dan 'sound' Si Karpal Whilchar ni. Yang sebenarnya, itu semua wayang Si Pak Berahim je.

Setakat cakap mulut, berani la dia buat. Cuba suruh dia cakap depan - depan Si Karpal Whilchar tu. Mau terkulat - kulat pulak dibuatnya. Kalau tak wayang, tak de la orang gelar diorang ni puak - puak Pati Angguk Saja!!!
PETALING JAYA: Konflik perselisihan pendapat antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan DAP mengenai isu negara Islam dilihat tidak berkesudahan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh diminta menghormati dasar dan perjuangan PAS.
Sambil menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang memartabatkan Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya mahu Karpal ‘tutup mulut’ daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti itu.
Malah ahli politik veteran itu diminta melihat isu besar yang dipersetujui secara bersama dalam pakatan pembangkang demi matlamat politik masing-masing.
“PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam.
“Justeru Karpal seharusnya melihat perkara besar yang sudah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat kerana itu adalah lebih utama,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Karpal yang meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kepimpinan PAS perlu akur dengan Buku Jingga yang tidak memasukkan hudud sebagai satu agenda pemerintahan Malaysia dan manifesto dalam pilihan raya akan datang.
Sebelum ini Karpal menafikan dakwaan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat bahawa beliau pernah membuat kenyataan bersedia untuk mempertimbangkan dasar PAS mahukan sebuah negara Islam sekali gus bertegas tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bunga kesidang bunga kiambang
    Bunga cina tidak berduri
    Wahai karpal Usallah bimbang
    Isu ni cuma nak pancing undi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping