Hahaha!!! Tergelak berguling - guling bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah yang tak sedar diri ni. Nampak sangat yang dia ni sengaja nak melondehkan kain dia depan orang ramai.
Dalam kekalutan orang lain suruh buat siasatan terperinci terhadap fitnah yang disebarkan melalui laporan Wall Street Journal terhadap Perdana Menteri sebelum ini, lain pulak yang dicadangkan oleh Si Nurul Izzah ni.
Si Nurul Izzah tu kata parti dia akan memfailkan tuntutan membantah keputusan Pilihan Raya Umum yang lepas diatas pendedahan yang dibuat oleh media antarabangsa tu sebelum ini.
PETALING JAYA - PKR akan memfailkan satu saman sivil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencabar kesahihan keputusan PRU13 di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Umno dan BN dalam masa terdekat.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan mahkamah itu diambil susulan pendedahan media Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berlaku penyaluran wang haram melibatkan Perdana Menteri bagi membiayai kempen PRU13 lalu.
Heh! Nampak sangat yang Si Nurul Izzah tu jenis manusia yang tak sedar diri. Mungkin Si Nurul Izzah tu lupa, orang yang paling TAK LAYAK jadi Ahli Parlimen sekarang ni ialah diri dia sendiri.
Si Nurul Izzah tu lupa ke yang dia pernah kantoi Menabur Fitnah terhadap calon Barisan Nasional sewaktu kempen Pilihan Raya Umum yang lepas hanya semata - mata untuk kekalkan jawatan dia?
Si Nurul Izzah tu lupa ke bahawa dia dah menggunakan taktik yang kotor dan licik untuk menjadi seorang wakil kepada rakyat dengan menyebarkan dakyah pembohongan kepada rakyat?
Adakah Si Nurul Izzah tu masih anggap diri dia Layak untuk menjadi Wakil Rakyat dengan menggunakan taktik sedemikian rupa? Adakah Si Nurul Izzah tu ingat dia bagus sangat jika nak dibandingkan dengan orang lain?
Sebelum Si Nurul Izzah tu sibuk nak menjaga tepi kain orang lain, baik dia sedar diri dia sendiri terlebih dahulu. Kalau dia rasa diri dia betul, isytiharkan dulu sumber dana kewangan yang parti dia miliki. Jangan setakat nak tuduh orang lain je kerjanya!!!
save your "souls " before it's to late.............
BalasPadamsopo guyuu siapp...
BalasPadamDokpolah,sopo arekk guyuu sampeii modharr kenek saiki.......
BalasPadamcome back to the future, areeeba, anggreeey x3...........
BalasPadamAPABILA PORTAL LUAR NEGARA MEROSAKKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA!! NEGARA IRAQ MUSNAH KERANA MEREKA!!
BalasPadamBILA PORTAL ZIONIS BERJAYA KUCAR KACIRKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA, DIBANTU PULA DENGAN PORTAL PEMBELIT UTAMA DI MALAYSIA IAITU MALAYSIAKINI, MALAYSIAN INSIDER, TEAM CYBER PRO TUN SERTA PRO PAKATAN SERTA PAGE-PAGE POPULAR DI FACEBOOK, MAKA KEROSAKAN ITU SUDAH BERLAKU.
TETAPI TAK MENGAPA, KEBENARAN BUKAN MUDAH NAK DITEWASKAN, WALAU DIKALANGAN SYAITAN-SYAITAN PERSEPSI SEMAKIN SERONOK DALAM MENJAJA CERITA PALSU, MALAH DIBANTU PULA DENGAN SEGEROMBOLAN PENGHIRUP DANA-DANA HARAM, MAKA KERJA-KERJA JAHAT ITU DILAKUKAN DENGAN CUKUP MUDAH.
TETAPI HARUS DIINGAT, NAK MELAWAN KEJAHATAN MUSUH, PERANCANGAN KENA CERDIK, LICIK, TERSUSUN, MEROSAKKAN MEREKA DENGAN CARA CUKUP TERKESAN, BUKAN SATU KERJA YANG MUDAH.
DOSA TERAMAT BESAR AKHBAR/PORTAL THE WALL STREET JOURNAL KEPADA UMAT ISLAM IRAQ.
Mungkin ramai yang begitu teruja dengan pendedahan akhbar harian The Wall Street Journal tentang kemasukan dana sebanyak USD $ 700 juta ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini. Masing-masing dengan megah berkongsi artikel WSJ kedalam akaun Facebook masing-masing mengandaikan Perdana Menteri akan tunduk dengan mainan WSJ ini.
Benar seperti yang pernah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahawa manusia ini mudah lupa. Mungkin ramai yang lupa apa yang berlaku di Iraq dan Libya. Di Iraq, tiada lagi kita mendengar cerita keindahan kota Baghdad, pusat ilmu Islam suatu ketika dahulu.
Di Tripoli, tiada lagi keindahan pantainya menghiasi carta tempat menarik untuk dilawati. Semuanya kini hancur dijarah oleh Amerikaa Syarikat menerusi cerita-cerita yang direka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?
Jika kita masih ingat 2 siri Perang Teluk berlaku dan kebetulan perang ini diketuai oleh George H. W. Bush Senior dan anaknya George W Bush. Jika peperangan yang pertama kita dimomokkan dengan cerita Iraq menyerang Kuwait demi telaga minyak, tetapi Perang Teluk ke 2 lebih mendatangkan kehancuran secara total.
masalah nye pemimpin kita yg hulur tengkuk suruh dipancung....
PadamDah terbukti ke tuduhan ko tu?
PadamDah terbukti ke tuduhan ko tu?
PadamPentadbiran White House menerusi Jabatan Pertahanannya, Colin Powell menyatakan Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dikhabarkan sistem peluru berpandunya boleh menghancurkan Tel Aviv. Dan paling utama Iraq juga dikhabarkan kepada kita menyimpan plutonium untuk membina peluru nuklear dan Allahyarham Saddam Hussien dikhabarkan mahu menghancurkan terus Israel dari peta dunia. Inilah alasan utama Iraq di serang buat kali kedua dalam 10 tahun.
BalasPadamSiapakah yang mula-mula sekali mengeluarkan andaian dan tuduhan Pentagon terhadap Iraq yang kini terbukti karut ini? THE WALL STREET JOURNAL adalah akhbar pertama yang menyiarkan kenyataan perisikan CIA dan laporan “separa masak” dari Colin Powell untuk menghalalkan perang di Iraq. Dan paling utama, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed menghentam teruk sumber akhbar dari barat dengan mengatakan laporan akhbar dari barat merupakan penyumbang kerosakan nyata di seluruh dunia.
Mereka secara kosisten menyatakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengesahkan bahawa Iraq menyimpan senjata ini di beberapa lokasi strategik dan paling banyak dilaporkan di Tikrit, bandar kelahiran Saddam sendiri. Setiap kali mereka menyiarkan berita ini, The New York Times akan memetik semula cerita ini dan di sebarkan ke seluruh rantau arab dan dunia.
Sewaktu Setiausaha Agung PBB pada masa itu, Kofi Annan menolak untuk kali pertama desakan Washington mahu menyerang Iraq, WSJ sekali lagi memainkan peranan menghentam Kofi dengan mengatakan beliau lembik dan takut mengambil keputusan demi keselamatan dunia. Akhirnya, selepas desakan hampir seluruh media di New York, satu draft resolusi membenarkan Amerika menyerang Iraq diluluskan dengan hanya Rusia dan China sahaja tidak menyokong.
Lihat sahaja permainan media WSJ. Mereka tidak memperdulikan kebenaran asalkan laporan mereka sentiasa dibaca dan ini dikhabarkan merupakan strategi melariskan jualan mereka. Apa yang dialami oleh Datuk Seri Mohd Najib boleh dikatakan senasib dengan apa yang dialami oleh Muammar Ghadaffi. Imej beliau yang boleh dikatakan “over reacted” pada setiap lawatan beliau keluar negara juga hasil dari serangan pertama WSJ.
Anehnya, mereka juga boleh “membersihkan” imej seseorang dengan laporan terbaik kepada musuh mereka. Ini yang dialami Ghadaffi sewaktu Libya kembali diterima oleh masyarakat dunia. Peristiwa rampasan pesawat Lockerby, Scotland seolah-olah begitu mudah dilupakan Amerika dan Britain apabila Ghadaffi kembali menghadiri sidang kemuncak PBB di New York.
BalasPadamDan WSJ sekali lagi menggunakan kuasa media mereka dalam menghalalkan pembunuhan Ghadaffi sewaktu Arab Spring 3 tahun lalu. Lihatlah percaturan akhbar ini dalam mengganggu urusan pentadbiran negara lain dan paling utama mengganggu negara Islam yang sedang progresif.
Jika di beberapa negara arab seperti Iraq, Syria, Lebanon, Libya dan Tunisia sudah menolak laporan dari sumber-sumber media barat sebegini, tetapi di Malaysia, begitu ramai mengambil terus laporan dari media ini tanpa sedikit pun memperdulikan nasib yang menimpa saudara seIslam mereka di Baghdad, Tripoli dan lain-lain lagi.copy paste headbomb.blogspot
PRU14.tv