Ahad, Julai 01, 2012


Ps: Inilah yang orang tua - tua kata, 'Kerana Mulut Badan Binasa'. Masalahnya dengan Si Nizar Lilin ni, bukan badan dia je yang binasa. Habis semua sekali binasanya.

Semua sebab keceluparan mulut dia yang memang jelas tak de insuran tu. Jadi, tu pasal la Dewan Pemuda PAS Johor kena tibai hari ni.

Apa la malang PAS ada pemimpin macam Si Nizar Lilin ni ye. Udah le kerja tak reti buat, menyusahkan orang je taunya. Itu pasal la dia setakat 11bulan je dapat jadi MB!!!
PASIR GUDANG – Dakwaan Pemuda Pas Johor berhubung pergolakan yang berlaku dalam Pemuda Umno negeri ini sebenarnya adalah cubaan menutup kelemahan parti itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas sebenarnya tersepit dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan Pas hilang sokongan orang Melayu negeri ini sehingga mereka cuba menimbulkan isu yang sebenarnya tidak wujud dalam Umno.

“Mereka hanya nak tutup kelemahan kerana rakyat Johor terutama orang Melayu telah menolak Pas disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nizar dan berusaha untuk tutup kelemahan yang telah mereka lakukan.

“Naib Ketua Pemuda saya orang Johor, jadi kita tidak akan biarkan timbul masalah dalam kalangan Pemuda negeri ini. Kalau ada kelemahan kita akan tangani secara berhemah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Roslan Hassan.

Khairy berkata, laporan yang didakwa Pemuda Pas itu tidak tepat kerana sebarang perubahan yang dibuat dalam kepimpinan Pemuda Umno berkisar kepada persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, perubahan yang dilakukan bukan perkara luar biasa kerana rombakan kepimpinan Pemuda yang dilakukan di beberapa buah negeri bertujuan untuk memantapkan parti.

“Saya dah merombak kepimpinan Pemuda negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah, jadi mungkin negeri lain saya akan melihat pada keadaan, kalau perlu kita akan buat rombakan.

“Johor antara satu negeri yang saya masih lagi pantau, sama ada perlu atau tidak,” katanya.

Berhubung isu undi Pas masuk syurga, Khairy berkata, dalam Umno tidak mengamalkan politik sama seperti Pas yang menjanjikan pahala dan syurga.

Menurutnya, Umno tidak mahu menjanjikan apa-apa yang bukan di dalam kuasanya kerana soal Pas janjikan pahala, dosa dan kepastian siapa yang akan masuk syurga bukan manusia yang menentukan, tetapi ALLAH SWT.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping