Ahad, Julai 01, 2012


LOS ANGELES - Sebaik sahaja berita Tom Cruise dan Katie Holmes akan bercerai muncul, peminat-peminat mereka rasa pelik dengan satu maklumat - secara kebetulan ketiga-tiga isterinya berpisah apabila mereka mencecah usia 33 tahun.

Ketiga-tiga isteri Cruise berusia 33 tahun semasa khabar bahawa mereka akan bercerai tersebar luas dan rumah tangga menemui jalan akhir secara rasmi setahun kemudian.

Isteri berita Cruise, Mimi Rogers, yang berusia 31 apabila berkahwin dengan Cruise, yang hanya berumur 25 tahun pada Mei 1987, dan genap 33 apabila berpisah pada 1990.

Kemudian Cruise berkahwin dengan Nicole Kidman, 23, pada Disember 1990 dan berpisah pada 2001. Ketika itu Kidman berusia 33 tahun.

Holmes, 28, dan Cruise berkahwin pada 2007, tujuh bulan selepas Suri, anak perempuan mereka, lahir. Dan, apabila berita bahawa kedua-dua mereka akan bercerai muncul semalam, Holmes berusia 33 tahun.

Laporan msnbc menyebut bahawa penceraian dalam setiap kes muncul apabila wanita yang menjadi fokus mencecah 34 tahun. Holmes akan genap 34 tahun Disember ini.

Portal itu juga berkata bahawa maklumat mengenai tahun secara kebetulan itu disedari peminat-peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut menerusi laman sosial.

"Apa yang aneh ialah ketiga-tiga perkahwinan Cruise yang gagal berakhir ketika kesemua wanita terbabit berusia 34 tahun?" kata Karen D'Souza menerusi Twitter.

Peminat-peminat lain cuba mencari hubungan antara nombor 33-34 dan kepercayaan 'Scientology' Cruise. Cruise bersandarkan pada kepercayaan itu ketika menamakan anak perempuannya sebagai Suri.
Categories:

1 ulasan:

  1. maybe bila bini dia umur 33 tak makan kacip fatimah kot...
    kalau stok kacip fatimah tak da pi amik kat mat sabut kacip normah 121...

    hehehe...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping