Sabtu, Julai 07, 2012


Sama ada mereka ini ahli PAS atau pun tidak, itu bukan satu isu utama. Tetapi sebagai penyokong Parti Angguk Saja tu, mereka sendiri jelas tidak faham mengenai Hukum Hudud.

PAS bukan sahaja GAGAL menjelaskan mengenai hukum tersebut kepada orang Islam, tetapi kepada ahli mereka sendiri pun jelas mereka GAGAL melaksanakannya.

Jika tidak, kenapa pulak Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS ni menolak perlaksanaan hukum tersebut di Johor?

Bagi mereka, sama ada hukum itu dijalankan atau pun tidak, ianya bukan isu yang penting dan perlu diperbesarkan. Banyak lagi benda lain yang perlu diberi perhatian.

Tambah memalukan, Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS tu juga turut menyifatkan yang cadangan untuk melaksanakan Hukum Hudud tu hanya satu idea lapuk.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, isu hudud sengaja ditimbulkan kerana seperti yang sedia maklum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung dalam waktu terdekat.

“Saya nasihatkan agar (Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kemelah) Ayub tumpukan kepada strategi beliau atau cara bagaimana mengatasi masalah rakyat daripada memberi idea lapuk ini.

“Jangan mencari publisiti murahan dengan membangkitkan isu hudud ini bagi memancing undi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Tambah beliau, Ayub sekadar mementingkan diri kerana berani membawa isu ini untuk memastikan dirinya dapat bertanding dalam PRU13.

“Ini jelas menunjukkan yang Ayub sengaja membangkitkan isu hudud, jika benar beliau seorang yang berkaliber, perlu fikirkan dahulu soal kebajikan rakyat,” tegas beliau.
Jadi, macam mana PAS nak mendabik dada dan mencabar pihak UMNO supaya menyokong cadangan yang dikeluarkan oleh ADUN Barisan Nasional sebelum ini?

Padahal penyokong tegar mereka sendiri pun enggan menyokong cadangan tersebut, nak suruh orang sokong macam mana? Kalau penyokong sendiri pun bantah, 

Lain kali, kalau nak suruh orang lain ikut cakap mereka, pastikan yang penyokong - penyokong diorang sendiri sokong dulu. Jangan setakat nak suruh orang lain je kerjanya!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. bukan senang nak laksanakan hukum HUDUD sebab semua kaum cina dan lain yang bukan ISLAM tolak hukum ini.kalau dilaksanakan juga sebagai perundangan negara maka tersekatlah sebahgian daripada hiburan mereka.salah satunya ialah minum ARAK.kita semua perlu maklum bahawa pesalah minum arak jika sabit kesalahan tak kira ISLAM ATAU BUKAN ISLAM hukumannya adalah SEBATAN kalau mengikut hukum hudud.untuk mengelakkan diri mereka dari hukuman ini maka mereka semua akan menyokong DAP kerana dap tolak hudud.ini yang kita bimbangkan.yang penting sekali ialah rakyat ISLAM MALAYSIA kena FAHAM negara ini mengamalkan sistem DEMOKRASI.sistem demokrasi ini bermakna rakyat bebas memilih.kalau kerajaan negara ini tidak mengamalkan sistem ini[demokrasi]maka pihak ANTARABANGSA[PBB]akan MEMBAIKOT kerajaan negara ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping