Mengimbas semula kisah dua tahun lalu, jelas Daphne, ketika itu kru dan pelakon filem Belukar termasuklah dirinya sedang menjalani penggambaran di kawasan hutan di Labuan, Sabah.
“Keadaan ketika itu kira-kira jam 2 pagi dan kawasan sekeliling sangat sunyi. Di situ hanyalah produksi kami yang sedang sibuk untuk menyiapkan babak pada hari itu.
"Sebenarnya ketika kejadian saya diganggu itu, saya tak sedar langsung dengan apa yang berlaku sehinggalah keesokan harinya ketika kami semua bersarapan.
“Kru dan pelakon terkejut melihat saya muncul pada pagi itu seperti tiada apa yang berlaku.
"Apabila mereka bertanya kepada saya apa yang sebenarnya terjadi semalam, lagilah saya tak faham dan memang saya tak ingat apa-apa langsung.
"Apa yang saya tahu, semalam saya melakukan watak saya sebagai Eva iaitu seorang penipu insurans profesional.
“Rupa-rupanya cerita mereka, malam itu saya seperti dirasuk meracau tak tentu pasal dan turut memarahi pengarah filem ini, Jason.
"Macam-macam perkataan keluar daripada mulut saya dan ketika itu mereka semua tergamam. Saya seperti dah hilang ingatan. Terkejut saya mendengar cerita mereka kerana saya betul-betul tak sedar apa yang terjadi.
“Kata jurukamera filem itu dalam lensanya, tempat yang saya berdiri itu terdapat enam biji batu nisan yang seolah-olah mengelilingi saya. Bagaimanapun, batu nisan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia hanya kelihatan samar-samar dalam rakaman kamera.
“Tempat yang saya perlu menjatuhkan diri itu pula terdapat satu batu nisan yang besar dan ia terkena leher saya sehingga menyebabkan saya terasa sakit, cuma saya tak tahu saya jatuh atas objek apa kerana kawasan itu di alas tilam tebal yang kemudian ditabur dengan daun kering.
“Selepas mereka menceritakan kejadian itu, saya terus minta maaf kepada semua orang terutama Jason kerana saya memang tak sedar.
"Mujur mereka memahami keadaan saya dan kawasan itu pun sangat ‘keras’ dan mereka tahu apa yang saya jeritkan pada mereka malam itu bukanlah datang daripada diri saya yang sebenar,” katanya.
Sejak kecil saya boleh melihat benda asing dan aneh. Menurut ibu saya, ‘kelebihan’ saya itu diwarisi daripada ibu saudara saya.
“Pada mulanya, saya rasa tidak selesa boleh nampak benda yang bukan-bukan sedangkan orang di sekeliling saya tak rasa apa pun.
"Lama kelamaan saya buat tak peduli dan malas melayan perasaan itu lagi. Saya harap perkara aneh itu jangan mengganggu saya lagi.
“Kadangkala ketika berada dalam kereta bersama anak dan suami, tiba-tiba ada orang tua seperti peminta sedekah datang mendekati cermin kereta kami dan saya perhatikan wajahnya buruk dan mengerikan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.