Apa lagi alasan yang boleh diberikan oleh Si Khalid Gagap tu melainkan dia memang takut rahsia dia dipecahkan didalam Sidang Dewan Undangan Negeri?
Keengganan dia menjelaskan mengeni butiran terperinci mengenai penyelewengan Talam Corp sewaktu sidang DUN jelas menimbulkan tanda tanya.
Kenapa dia takut sangat nak mendedahkan perkara tersebut sedangkan dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri mendesak dia berbuat demikian?
Terdahulu, Dr. Dzulkefly Ahmad, Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri turut mendesak agar dia menjelaskan kertas putih berhubungan perkara tersebut.
Namun malangnya, Si Khalid Gagap tu menjelaskan bahawa kertas putih berkaitan isu penyelewengan Talam Corp tu masih belum disiapkan walaupun dah dua tahun berlalu.
Bayangkan. Benda yang dia janji dua tahun dulu pun tak mampu nak dilaksanakan, apatah lagi kalau dia buat janji baru? Dah tentu jawapannya sama jugak!!!
Jelas, Si Khalid Gagap tu memang ada perkara yang hendak disembunyikan dari pengetahuan orang luar mengenai skandal tersebut.
Adakah itu yang dia katakan sebagai Kerajaan Jujur, Telus dan Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas? Adakah itu yang didabikkan selama hari ini?
Nampak sangat la Si Khalid Gagap ni memang setakat tau bercakap je. Hakikatnya, dia satu hapah pun tak tau buat!!! Setalat bercerita je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Ahli Jawantakuasa Pas Pusat Dr Zulkefly Ahmad sebelum ini menggesa Khalid untuk mengemukakan kertas putih terhadap isu itu untuk menjawab tuduhan bahawa kerajaan negeri menyeleweng RM1 bilion.
Dr Zulkefly sebelum ini berkata kerajaan negeri telah berjanji untuk mengemukakan kertas putih mengenai hutang Talam pada tahun 2010 dan menggesa Menteri Besar berbuat demikian.
“Jadi kertas putih ini adalah sangat diperlukan untuk menjelaskan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan Exco kerajaan negeri dalam menangani perkara ini. Sekaligus melenyapkan dakwaan kononnya ada skandal di sana.
“Meskipun kertas putih ini sudah terlambat dibentangkan dan saya masih ingat ia sepatutnya dibentangkan pada tahun 2010,” katanya kepada AntaraPos kelmarin.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.