Selasa, Julai 03, 2012


Alamak!!! Kenapa pulak Reformis ni sibuk benar nak selak kain puak - puak SUHARAM (Suaram) tu? Bukan ke SUHARAM tu pro kepada Pembangkang?

Selama ni, Semut ingatkan Reformis ni pun pro jugak kepada Pakatan Pembangkang tu. Jadi, kenapa pulak diorang nak dedahkan agenda jahat puak SUHARAM ni? Meh baca, apa ceritanya. Lepas tu, macam biasa la. Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.

"Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.

"Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram.

"Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.

Ramlan mendakwa, Suaram telah mempengaruhinya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Laporan polis bertarikh 21 Oktober 2008 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dibuat atas nama Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Antara terlibat membuat laporan pada masa itu ialah Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Aiman Athirah Al-Junid, Wan Mohd. Anies Wan Adham, Amin Iskandar dan saya.

"Seingat saya individu yang membuat laporan tidak dibekalkan dengan salinan laporan polis. Begitulah hebatnya rancangan Suaram untuk menjatuhkan kerajaan iaitu menerusi undang-undang dan penganjuran demonstrasi jalanan," dakwanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping