Selasa, Julai 03, 2012


BUKAN sedikit maruah diri yang tercalar akibat perbuatan orang lain. Dan bukan sedikit juga kata-kata nista orang yang tak mengerti hinggap di bahu sejak kebelakangan ini. 

Tidak terfikir keadaan akan menjadi semakin rumit, Neelofa semakin mengerti apa yang harus dilakukan.

Rentetan daripada perang dingin dengan Anzalna Nasir yang tercetus beberapa minggu lalu, Neelofa tahu dia berada di landasan yang benar. Tidak ada apa yang perlu disorok mahupun disembunyikan daripada pengetahuan semua.

Maruahnya sudah tercalar. Dia perlu bangkit memperbetulkan keadaan dan membersihkan onar yang ditinggalkan oleh orang lain. Bukan tidak geram dengan perbuatan mereka yang memburuk-burukkan dirinya tetapi dia tahu ada jalan terbaik buat dirinya.

Setelah menghantar tuntutan notis tujuh hari kepada pelakon itu akibat artikel fitnah membabitkan dirinya, sudah ada jalan baru buat mereka sebetulnya.

Atas dasar campur tangan pihak persatuan Seniman, Anzalna khabarnya bersetuju untuk mengemukakan permintaan maaf kepada Neelofa rentetan daripada kes berkenaan untuk tidak memanjangkannya ke peringkat mahkamah.

Bagi Neelofa dia bersedia menerima permohonan maaf daripada pelakon itu asalkan dia mematuhi beberapa syarat yang bakal ditetapkan tidak lama lagi.

“Saya tidak boleh mendedahkan apa syarat-syaratnya. Tetapi antara syaratnya, saya tidak benarkan Anzalna mengaitkan nama saya dalam apa juga kenyataannya selepas ini.

“Selain itu saya juga tidak mahu dia mengungkit apa yang telah berlaku antara kami. Dia juga tidak boleh memperbesarkan isu yang dia sendiri bangkitkan selepas persetujuan dicapai," kata Neelofa yang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah.

Biarpun sudah tiga minggu isu itu tercetus, Neelofa masih terluka dengan apa yang telah berlaku. Tidak tahu bagaimana isu dua tahun lepas boleh dikeluarkan kembali, pelakon yang cukup popular dengan drama Tahajjud Cinta itu cukup yakin dengan tindakan yang diambil.

Namun begitu masih ada lagi cakap-cakap belakang yang mengatakan dia tidak konsisten dalam soal ini. Ramai yang mahu pihak Neelofa mengheret terus kes ini ke mahkamah atas kapasiti mempertahankan maruah yang sudah dirobek.

“Bukan saya nak heret orang sesuka hati dan saya juga bukan takut naik mahkamah. Tetapi saya sudah melantik peguam dan dia harus mengemukakan notis tujuh hari kepada pihak kami.

“Bila dia tidak membalas notis tersebut, pihak saya bagi dua pilihan kepadanya. Mahu memohon maaf atau saya akan failkan kes ini ke mahkamah. Nampaknya dia memilih untuk memohon maaf dan saya terima.

“Saya mahu kes ini segera selesai dan tidak dipanjangkan. Siapa yang memulakan, dia juga perlu mengakhirinya. Mungkin keadaan tidak akan jadi seperti sedia kala tetapi setidak-tidaknya ia mampu menjernihkan keadaan," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping