Isu pemalsuan sijil palsu membabitkan ijazah, sarjana serta doktor falsafah bukanlah satu fenomena baru. Kes sebegini dikesan berlaku bukan sahaja di negara ini, malah sudah berleluasa sejak dahulu lagi di luar negara.
Bagaimanapun sehingga kini, kegiatan sindiket tidak bertanggungjawab memalsukan sijil untuk dijual kepada individu tertentu masih berterusan berikutan permintaan yang tinggi.
Kebanyakan individu terlibat membeli sijil terbabit mengetahui bahawa sijil bakal diperoleh adalah tidak sah dan salah, tetapi tetap mahu memilikinya atas tujuan tertentu.
Bagaimanapun ada juga yang membeli kerana ditipu oleh sindiket yang mendakwa sijil terbabit diiktiraf kerajaan serta badan bertauliah.
Dalam kes ini, ramai majikan yang menggaji pekerja memiliki ‘sijil segera’ turut menjadi mangsa, sekali gus menjejaskan reputasi syarikat kerana kredibiliti pekerja itu hanya dizahirkan di atas sekeping kertas tetapi tidak pada fizikal sebenar.
Pelaku
- Berkumpulan
- Syarikat
Mangsa/pembeli
- - Warga tempatan
- - Warga asing
- - Terdiri daripada orang biasa, ahli politik, orang kenamaan
Modus Operandi
- - Guna ejen yang direkrut untuk cari pelanggan (pembeli)
- - Cari pelanggan secara atas talian
- - Tawarkan sijil palsu pelbagai jurusan untuk ijazah, sarjana dan doktor falsafah pada harga tertentu
- - Pembayaran hanya dibuat secara tunai dan cek
- - Dakwa semua sijil diiktiraf oleh universiti luar negara dan diperoleh dalam tempoh singkat
- - Pembeli sijil tidak perlu belajar, hadir ke kelas, menjalani peperiksaan atau menghantar tugasan
- - Kad pelajar untuk pelanggan/pembeli sijil disediakan
- - Pembeli diraikan dalam majlis konvokesyen di hotel terkemuka dan istiadat dijalankan sama seperti majlis istiadat konvokesyen yang diiktiraf
Punca
- - Ingin kaut keuntungan segera dalam tempoh singkat
- - Pembeli terdesak untuk dapatkan sijil segera tanpa perlu belajar
- - Ingin dapatkan jawatan tertentu dengan cara mudah
- - Sikap malas dan tidak bertanggungjawab
- - Untuk tujuan bermegah-megah
Kesan
- - Melahirkan graduan tidak berkualiti kerana memiliki ijazah tidak diiktiraf
- - Penyalahgunaan sijil dalam pelbagai bidang
- - Melahirkan individu tidak beretika kerana menipu untuk mendapatkan pekerjaan
- - Majikan/syarikat kerugian kerana mempunyai pekerja yang tidak cekap serta berpengalaman
Hukuman
- - Jika didapati bersalah mereka yang terlibat boleh dikenakan
- - tindakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Ps: Nak pandai, belajar la weh!!! Tapi belajar pun, cari la ilmu yang bermanfaat. Jangan pulak belajar Menipu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.