Kalau sebelum ni kita dah tengok Si Nora Danish melaram dalam pakaian raya dia kan. So sekarang kita layan pulak Si Tasha Shilla ni dalam rekaan Hatta Dolmat. Layan!!!
Lebih kurang 19 hari lagi sebelum menjelangnya bulan Syawal kan? Kami pasti anda diluar sana sudah mula membeli-belah untuk persiapan raya. Tak kurang juga, pasti ada yang sudah mula menempah baju raya kan?
Kali ini, tampil dengan pengaruh dari pereka fesyen, Dita Von Teese, Hatta Dolmat telah mereka sebuah koleksi raya yang OHBULAN! rasakan, jika anda pakai ketika sedang beraya, tak mustahil para jejaka akan terus jatuh cinta.
Koleksi raya yang dipanggil “La Dolce Von Teese” ini menggunakan Tasha Shilla sebagai model dan ia membuatkan ia benar-benar kelihatan ‘vogue’ dan sesuai digayakan dimana saja. Rekaan Hatta ini masih tetap mengekalkan ciri-ciri wanita Muslim biarpun dia mengambil pengaruh rekaan pereka barat.
Jadi, kepada anda wanita diluar sana, apa tunggu lagi? Serikan raya anda tahun ini dengan rekaan dari Hatta Dolmat. Anda boleh hubungi butik Hatta melalui blog rasmi beliau, HD by Hatta Dolmat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.