Rabu, Ogos 01, 2012


Ya!!! Akhirnya, Si Kaki Fitnah PKR, Rafizi Jambu ni kena tangkap jugak hari ni kerana memiliki rahsia akaun NFC yang jelas melanggar undang - undang Negara.

Korang bayangkan la ye. Belum pun jadi Kerajaan, semua maklumat tentang korang boleh diakses dengan cara yang amat mudah oleh puak - puak Pakatan ni.

Dah jadi macam Amerika pulak dah gayanya. Semua maklumat peribadi termasuk nombor akaun korang ada dalam simpanan mereka. 

Kalau la diorang dapat memerintah Negara ni nanti, rasanya habis semua maklumat peribadi korang akan diselongkar dan didedahkan kepada umum.

Mudah sangat la diorang nak ambik duit dari dalam akaun kita ye tak kalau macam tu. Bila kita tanya mana pergi duit tu, diorang boleh la bagi alasan yang bukan - bukan.

Semata - mata nak buat fitnah terhadap orang lain punya pasal, diorang sanggup buat apa sahaja sampaikan maklumat peribadi orang pun diselongkar.

Sama la macam kes berkaitan dengan Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri hari tu. Bila dicabar suruh dedahkan dari mana dia dapat maklumat, terus terdiam.

Orang macam ni ke yang nak kita jadikan sebagai pemimpin Negara kelak yang suka buat fitnah terhadap orang lain dan selongar peribadi individu? Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dilaporkan ditahan polis kira-kira jam 7 pagi tadi atas dakwaan terbabit mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan projek PerbadananFeedlot Nasional (NFC).

Beliau yang mengulas di laman Twitter miliknya berkata, penahanan itu adalah di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan akan didakwa pada jam 9 pagi ini di Mahkamah Shah Alam. 
Categories: , , ,

16 ulasan:

  1. sekadar renungan:

    Mamat ni ditangkap ketika sedang mendedahkan bagaimana ketirisan RM250 juta yang sedang dilakukan oleh NPC.

    Tidakkah sepatutnya dia dianggap sedang menyelamatkan wang rakyat termasuk wang blogger ini dan seluruh rakyat dari disalahgunakan olh sesuatu pihak?

    Blogger SH tak merasa apa-apa ke bila wang tersebut sedang dikekah? Tak kisah ke?

    Di mana kewajaran entri ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamat tu kene kuda jer... jika disabit kesalahan bleh kene dende 3 juta...

      Padam
    2. Bafia act tetap salah. Kalau niat murni skali pon. Nama accountant tapi takkan Bafia act tak tau? Awat mangkuk sangat?

      Padam
  2. Anon 10:51.
    Anda tau tak apa itu BAFIA?
    Adakah kita dibenarkan untuk melakukan kesalahan semata2 kerana mahu membuktikan kesalahan org lain?
    Jika ini sandaran anda, maka knp melatah semasa Dato T dedahkan video cina doll tu?
    Juga knp anda bergembira bilamana Eskay mengaku salah dan dihukum dibwh Seksyen 292 Kanun Keseksaan?

    Seperkara lagi, RM250j adalah PINJAMAN kerajaan pada NFC, bukan bagi free2 je. Bermakna walau apa pun yg berlaku, NFC tetap perlu byr balik pinjaman tu.
    Berbanding dgn skandal 1 billion di Selangor (yg masih gagal dijwb oleh Khalid). Jika benar berlaku ketirisan akibat kelemahan pentadbiran Khalid, RM1b ni lebur mcm tu je.

    BalasPadam
  3. Untuk makluman saudara tanpa nama di atas, wang terbabit adalah dalam bentuk pinjaman mudah dan bagi semua jenis nama pinjaman ia hendaklah berdasarkan kontrak NFC dengan Kerajaan membayar balik pinjaman tersebut.
    Bagi isu wang rakyat/Kerajaan.. mana2 hasil Kerajaan daripada cukai (pendapatan niaga/peribadi, kastam, kenderaan dan sebagainya) adalah hakmilik Kerajaan Pusat dan bukan hakmilik rakyat, ajaran mana yg ko ambil ni? dari dap la tuh.. kata2 kafir harbi nih yg ko ikut, sudah2 la banyakkan mengucap..

    BalasPadam
  4. PINJAMAN?.....DUIT DULU BARU DOKUMEN?...HAHAHAHA....NAMPAK YANG BETUL...TAU YANG BENAR...TAPI PERCAYA PADA PEMBOHONGAN..ITULAH DEFINISI KEBODOHAN NYATA...

    BalasPadam
  5. NFC diambil alih oleh Salleh drpd syarikat asal Lambert Group dan pada tahun 2009 NFC menerima suntikan dana drpd pemegamg saham pihak kerajaan.
    {ada tahun 2010..selepas proses PENGAMBILALIHAN selesai, perjanjian utk pinjaman baru dibuat.

    *Suntikan dana adalah drp kerajaan,yg membuat pinjaman adalah syarikat NFC dn pemegang saham NFC termasuk kerajaan untuk memastikan projek ini berjalan lancar maka kerajaan membuat suntikan dana bg pelaburan mereka.

    Itulah kebijaksanaan rafizi, menyembunyikan dan memutarbelitkan kebenaran.

    BalasPadam
  6. Jika benar kes tersebut adalah satu penyelewengan, Rafizi dan sekutunya yang konon telah ‘dedah siasat’ isu tersebut sepatutnya melaporkannya kpd pihak polis, sekiranya mereka benar, mustahil mereka tidak mndapat sebarang khidmat nasihat guaman untuk ‘mengenakan’ pemilik syarikat ini sedangkan bar council begitu rapat dengan mereka dan dlm PR sndiri begitu banyak peguam termasuk Sivarasa, peguam yang ‘tersohor’ memperjuangkan hak juga berada dlm PKR. Knp perlu langgar BAFIA?

    BalasPadam
  7. Padan muke..ape dpat? Politik punye pasal kena saman 3Juta...amik hang

    BalasPadam
  8. adakah dengan bafia..kita boleh sembunyikan pecah amanah..duit rasuah..duit penyelewangan..?sedangkan sebelum ni..rafizi ada memberi kerjasama pada sprm..mendedahkan bukti..di dunia memang susah sket..tapi kat akhirat dengan si pecah amanah dan blogger yang turut bersekongkol dapat saham..x berbaloi kan..?

    BalasPadam
  9. Nak jadi terer sgt.. dah le kena singkir dari jawatan..hah, ape hang nk ckp lg rafizi?

    BalasPadam
  10. Pinjaman 250j nampak, skandal selangor 1 bilion senyap pulak mamat nih.

    BalasPadam
  11. staff public bank tu dah tentu la kena suspend pending domestic enquiries. aku tau la, aku ex banker. mau menggigil kepala lutut nanti masa interrogation. selalunya akan kena dismissal and further more public bank for sure akan charge staff dia with CBT. kesian la jugak mamat ni.... org putih kata DOUBLE JEOPARDY !!! kalau PKR buang jer mamat tu mcm tu aku tak tau nak ckp laaa....mamat bank tu agaknya pun excited sgt nak tgk benda ni jadi national issue. last2 dia yg nangis tak cukup tisu.... bak kata ustazah bai'yah... "ANDA BUAT, ANDA DAPAT" ......

    BalasPadam
  12. anon 1:10... utk soalan ko, sila rujuk komen anon 12:34. Rafizi salah sbb siar-umumkan transaksi bank NFC. Rafizi x perlu menyalak2 kt tepi jln. Mahkamah kan ada. Ada ramai peguam power dlm PKR, apa nak takut.

    BalasPadam
  13. APA ITU BAFIA:
    97. (1) No director or officer of any licensed institution or of any external bureau established, or any agent appointed, by the licensed institution to undertake any part of its business, whether during his tenure of office, or during his employment, or thereafter, and no person who for any reason, has by any means access to any record, book, register, correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to the affairs or, in particular, the account, of any particular customer of the institution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwise disclose, to any person, or make a record for any person, of any information or document whatsoever relating to the affairs or account of such customer. Act A954. (2) This section shall not apply to any information or document which at the time of the disclosure is, or has already been made, lawfully available to the public from any source other than the licensed institution, or to any information which is in the form of a summary or collection of information set out in such manner as does not enable information relating to any particular licensed institution or any particular customer of the licensed institution to be ascertained from it. (3) No person who has any information or document which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person.

    BalasPadam
  14. to aliffnajmi
    fr anon 10.15

    Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkaitan BAFIA. Rasanya saya tahu.

    Dengan lain perkataan, tak kisah lah siapa yang dapat duit, nak joli atau beli aset kat manapun tak kisah lah, anji Malaysia aman. Boleh pergi kerja boleh solat.

    Tak dapatlah den nak menolongnya.

    Satu lagi - kalau ada penyelewengan 1 billion waimah 1 sen pun duit kerajaan di bawah pentadbiran Selangor, laporan polis dah di buat ke?

    TQ

    Address me as Jonggang Tak Banggang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping