Hadus!!! Apa nak jadi ni? Dah tak de kerja lain ke selain daripada nak membogelkan diri dia sendiri dikhalayak ramai? Apa, dia tak malu ke?
Ada ke dia tuduh Tun Dr. Mahathir hanya sekadar menjadikan Hudud sebagai 'Gimik Politik'? Siapa yang selama ni dok canang nak laksanakan Hudud?
Bukan ke PAS dah bertahun - tahun menjadikan hukum tersebut sebagai 'mainan' mereka untuk mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia?
Hudud hanya dijadikan alat dalam permainan Politik PAS semata - mata untuk meraih sokongan dari kalangan orang - orang Melayu Islam.
Perkara itu jelas dan tidak perlu lagi nak dinafikan. Ianya sudah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Dan mereka jugak sering mendabik dada mengakui perkara tersebut.
Tetapi, malangnya sampai hari ini, mereka masih beralasan untuk melaksanakan hukum tersebut biar pun ianya sudah diluluskan di Kelantan.
Ingat!!! Enakmen jenayah syariah Negeri boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan di peringkat Dewan Undangan tanpa memerlukan keputusan dari Kerajaan Pusat.
Jadi, kenapa sampai hari ini Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hukum tersebut sedangkan ianya telah diluluskan dalam sidang DUN?
Jangan cakap la sebab Kerajaan Pusat bantah dan tak benarkan perkara tersebut dilaksanakan. Itu hanya alasan diorang semata - mata. Kot ye pun nak menipu, jangan la jadikan Islam sebagai satu alasan!!!
SHAH ALAM - Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri,kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.