Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau mesra disapa Leya pula masih bersisa sifat gila-gilanya biarpun sudah bertudung litup.
Hijrah kehidupan yang dilaluinya juga, daripada seorang anak dara kepada isteri, ibu dan kini beralih status kembali kepada kehidupan solo, Leya masih wanita yang ceria, periang dan bersahaja sebagai mana yang boleh didengar menerusi corong radio HotFM.
Begitu juga dengan tradisi sambutan hari raya yang bakal disambut minggu depan, Leya seorang yang ringkas dan tidak rigid terhadap suasana raya.
"Setakat ini, tradisi raya saya tidak banyak yang berubah. Jika hari raya jatuh pada hari Ahad, peluang untuk saya bercuti raya itu ada sebab hari Ahad saya memang tidak bertugas.
Tapi, saya sudah kena masuk konti pada Isnin, 20 Ogos. Pekerjaan yang saya lakukan menjadikan saya seorang yang tidak terlalu sensitif soal itu," katanya yang baru kali pertama beraya sebagai janda setelah rumah tangga yang dibina bersama seorang pemuzik, Muhammad Ashraf Aasimudin hanya mampu bertahan selama tiga tahun.
Melepaskan puteri kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena untuk beraya di rumah bekas suami, Leya juga tidak mahu terlalu syahdu memikirkan hal berkenaan.
"Satu hal yang akan membuatkan saya berasa sayu ialah setiap kali mengingatkan nenek saya yang sudah tiada. Tak lengkap raya tanpa beliau.
Dalam soal-soal lain, saya banyak kali menjadi tukang angguk dan tak banyak cakap, apa sahaja, saya mudah ikut keadaan," katanya.
Meninggalkan sedikit pandangan sosial sempena hari raya, kata Leya: "Kita boleh beria-ia buat persiapan sambutan raya jika hanya berbelanja besar untuk satu atau dua tahun tahun sekali. Tapi, jika ada yang setiap masa berbelanja sebegitu rupa, saya akan pelik."
en admint...bulan puasa ni klu tak mengata tak bole ke....klu hal org serba tak kena...sia2 saja brpuasa
BalasPadamAdmin cm bodoh je. Bajet perfect.. Dh jodoh x pnjg nk wt cmne kn.. smua ketentuan Allah. Kau ckp pikir la sikit, jgn gune kpala lutut. Otak dan akal ada, bole bezakan mane baik mane buruk kann.
BalasPadamDol! Semak la dulu. Artikel ni copy paste dari laman media hiburan. Dan ianya diakui sendiri oleh artis berkenaan. Dia sendiri mengakui dia masih ada sifat 'Gila-Gila'. Takkan itu pun tak faham jugak...
BalasPadamNah! Ini link asalnya. Sila baca pengakuan artis tu sendiri ye: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
BalasPadam