AIDCNews – 03/08/12 – Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid menafikan semua dakwaan laman Sel13.com termasuk salinan laporan polis yang disifatkannya sebagai pembohongan semata-mata.
“Mana ada. Semua itu bohong. Di bulan Ramadan ini saya nak katakan, semua yang ada dalam blog itu, laporan polis yang dia (Halimah) buat bohong.
“Dia kata keluar rumah sehelai sepinggang. Mana ada. Bohong. Dia juga ada sebuah rumah apartmen di Desa Pandan yang telah diubah suai. Perabot juga telah siap dibeli. Setiap bulan pun saya beri dia duit nafkah,” katanya kepada Malaysiakini.
Namun begitu Abdullah Sani mengakui wujudnya perselisihan dengan isteri pertamanya, Halimah Mohd Sahat yang kini sedang dalam proses perceraian.
Beliau juga mengakui perselisihan itu berpunca daripada sikap Halimah enggan bermadu dan “tidak suka” kepada ibunya.
“Ibu saya sakit angin ahmar. Jadi sebagai anak lelaki saya ambil dan jaga dia. Tapi isteri saya tak suka dan suruh saya halau ibu saya.
“Kalau diberi pilihan siapa saya perlu halau, saya akan pilih dia (Halimah). Isteri kita boleh cari tapi ibu tak boleh,” katanya.
Laman sel13.com, 31 Julai telah mendedahkan rumahtangga dengan Abdullah Sani dengan Halimah sebelum ini aman damai dengan dikurniakan enam orang anak dan seorang menantu serta seorang cucu, namun kehidupan mereka berubah selepas Abdullah Sani memenangi kerusi parlimen Kuala Langat pada Pilihanraya Umum ke-12.
Rumahtangga mereka mula bergolak apabila Abdullah sani berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin yang juga seorang mak andam.
“Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.
“Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat.
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka.,”lapor laman itu.
Kot kalau betul la semua yang dilaporkan sebelum ini tak betul, tunggu apa lagi. Report la kat Polis biar Polis ambik tindakan. Lain la kalau diorang dah tak percaya lansung dengan Polis ni ye tak.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.