Sabtu, Ogos 04, 2012


Pelakon jelita berusia 26 tahun ini yang menyumbang kisahnya sempena kempen #MYsyg (My Sayang) untuk berkongsi inspirasi kebanggaan menjadi anak Malaysia, mengakui dia amat bersyukur tanah air tempat tumpah darahnya selamat didiami. 

“Saya melihat, negara ini cukup aman dan rakyat hidup bersatu padu walaupun berbilang kaum. Itu yang membuatkan Fida berasa sangat gembira serta berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menjadikan saya rakyat Malaysia.




“Apatah lagi, kebelakangan ini terlalu banyak berita dilaporkan mengenai keganasan dan rusuhan yang berlaku di kalangan masyarakat di luar negara dan membuatkan saya bersimpati. Insiden yang tercetus itu menyebabkan rakyat sengsara.




“Tiada rakyat dari negara mana pun yang inginkan penderitaan. Namun, di negara ini rakyat sepatutnya berasa bertuah dan bangga kerana masih ada kemakmuran.

Ditambah lagi, kita utuh berpegang kepada satu pemerintahan yang memacu ke arah kejayaan dan kemakmuran,” katanya. 


Menurut Fida, kerajaan sekarang juga amat mengambil berat soal rakyat bertepatan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Malah, tema ‘Janji Ditepati’ pula diguna pakai untuk pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kali ini. 

“Pada saya, ia tema yang tepat kerana rakyat adalah pemangkin sumber pendapatan untuk menjana ekonomi sesebuah negara. Jadi, semestinya segala masalah dan keperluan rakyat wajar diambil kira oleh kerajaan supaya apa saja kekurangan yang ada mampu diatasi segera. 


“Memandangkan Malaysia juga adalah sebuah negara Islam, saya dapati kerajaan amat mementingkan kebajikan rakyat supaya tidak terlepas menikmati kemajuan. 

Malah, pelbagai ruang dan peluang diberikan untuk rakyat berusaha mengubah taraf hidup mereka. 


“Selain itu, sama ada berhijrah ke bandar atau masih tinggal di desa, rakyat juga masih boleh membina kerjaya. Pelbagai bidang kerja disediakan termasuk diberikan juga latihan serta kursus intensif oleh kerajaan. 

“Bagi golongan muda lepasan sekolah pula diaturkan ruang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kerja yang menjadi pilihan di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk turut diberikan bantuan pinjaman kewangan,” katanya. 

Kata pelakon drama Kasih Alia dan anak bongsu dalam keluarga ini lagi, demi menyemarakkan semangat kepada golongan muda untuk rajin menimba ilmu hingga ke menara gading, kini diadakan juga program Jelajah Destini Anak Bangsa di seluruh negara. 

Ujar Fida, apa saja yang diinginkan rakyat cuba disediakan oleh kerajaan sebaik mungkin. Sehubungan itu, katanya dasar demokrasi yang menjadi teras negara ini adalah tepat dan bersesuaian dengan kehendak rakyat. 

Categories:

2 ulasan:

  1. Yang tak reti nak bersyukur dan berterima kasih adalah penyokong PAS dan PKR..tetapi pabila ada sumbangan yang dibuat oleh kerajaan contohnya BR1M serta pemberian duit kepada penoroka Felda..mereka lah orang pertama yang duduk didepan pintu..

    Memang Malaysia ni berada dalam keadaan aman tetapi sejak bermula si kaki bontot tu dipersalahkan atas tuduhan salah guna kuasa...bermulalah keadaan kacau bilau terutamanya dikawasan tengah bandar Kuala Lumpur. perkara ini terhenti sebentar setelah Nuar brahi menjalani hukuman di Penjara sungai buluh tetapinya bermula semula selepas beliau keluar daripada penjara.

    BalasPadam
  2. Ambil wang membuka laci
    kerana nak bayar hutang teman
    Pembangkang memang sakit hati
    Bila negara dan bangsa AMAN.
    Pisaukarat dibuat potong seludang
    Untuk membungkus buah bidara
    Pisau karat je x nak pakai undang-undang
    Sebab seronok negara huruhara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping