Jumaat, Ogos 17, 2012


Fuh!!! Boleh tahan jugak nafsu rakan sepermainan Si Ketua Penipu ni rupanya ye. Nampak gayanya, susah jugak nak puaskan Si Nallakarupan ni.

Lepas tu, dia bukan kira tempat. Luar dalam, habis semuanya dia sapu. Agak - agaknya, sampai bila la dia nak terus menyerang Si Ketua Penipu tu ek?

Tapi, apa boleh buat ye tak. Dah Si Ketua Penipu tu jugak yang sengaja cari pasal. Suka buat hal yang bukan - bukan. Mungkin sebab tu la dia terus diserang oleh Si Nallakarupan ni!!! Lagi pun, Si Ketua Penipu tu bukannya boleh diharapkan sangat!!!
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan hari ini secara terbuka mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Pembangkang itu.

Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan sehingga kini masih belum bermula.

Katanya, dalam debat tersebut, beliau bersedia mendedahkan identiti sebenar Anwar dan perlakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepanjang 30 tahun persahabatan rapat mereka sebelum meninggalkan PKR.

"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.

"Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Dalam perkembangan lain, Nallakaruppan yang juga Ahli Dewan Negara menegaskan, tindakan Anwar yang kini giat melobi supaya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak melompat parti bertujuan mengkucar-kacirkan kedua-dua negeri berkenaan.

"Dia sebelum ini melakukan perkara serupa di Semenanjung tetapi tidak berjaya. Kini cuba melakukannya di Sabah dan Sarawak tetapi kita percaya di sana juga tidak akan berjaya, siapa yang lupa mengenai 16 September," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping