Rabu, Ogos 15, 2012


Ps: Fuh!!! Sure jejaka - jejaka dan pria - pria yang minat gila kat minah ni patah hati bila diorang baca artikel kat bawah ni. Tapi apa boleh buat.

Si Anzalna ni pun ada rupa, ada gaya. Memang ramai la yang minat kat dia. Dan tak mustahil jugak dia pun ada pakwe jugak. Orang cantik brader. Memang la laku. Jadi, apa - apa pun, kita ucap tahniah la kat Si Anzalna ni. Jangan nanti buat hal lain pulak sudah la!!!
Jika kebanyakan selebriti sangat susah mahu bercerita tentang peribadi lebih-lebih lagi menyentuh mengenai kekasih atau pasangannya. Apatahlagi mahu 'menayangkan' teman istimewa di khalayak ramai. Tetapi tidak bagi pelakon yang namanya sedang meningkat naik, Anzalna, 24, dilihat lebih terbuka malah boleh dikatakan dia selesa apabila dilihat sering bersama teman lelakinya di majlis-majlia hiburan.
Meskipun si empunya nama penuh Nur Anzalna Mohd Nasir ni pernah dikritik segelintir pihak yang mendakwa dia kerap 'mengusung' kekasihnya itu, namun finalis Dewi Remaja 2010 ni tidak ambil pusing tentang pandangan tersebut. Sebaliknya Anzalna menjelaskan jejaka yang sebaya dengannya itu telah diberikan kepercayaan oleh keluarga untuk menemaninya memandangkan dia tidak mempunyai pembantu peribadi.

Semalam MD berkesempatan dengan Anzalna di majlis pelancaran drama bersiri Adam dan Hawa. Dan seperti selalu, dia ditemani kekasihnya, Hanif Zaki. Alang-alang jumpa, MD sempat bertanyakan tentang perkembangan hubungan mereka.

"Hubungan kami okay. Kalau boleh kami nak kahwin secepat yang mungkin. Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama-sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum 26. InsyaAllah kalau jodoh kami dah sampai", kata Anzalna kepada MD sewaktu ditemui di Flora Terrace @ Hampshire Place, Jalan Tun Razak.

Walaupun begitu, Anzalna sebolehnya tidak mahu melalui fasa pertunangan sebaliknya mahu terus melangsungkan perkahwinan.
Jelasnya, mereka sudah berkenalan sejak lima tahun lalu namun baru setahun ini menajlin hubungan sebagai kekasih. Sementara perwatakan Hanif yang disifatkan seorang yang budiman, rajin dan bertanggugjawab antara ciri yang membuatkan gadis ini terpikat pada pemuda berasal dari Kuala Lumpur itu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Salam bro, mohon pautkan blog saya ronyanuar.com di blog saudara,saya akan lakukan juga di blog saya..terima kasih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping