Ahad, Ogos 19, 2012


Kalau dilihat dari reaksi puak - puak Parti Angguk Saja ni, memang cukup jelas diorang ni bersikap mengalahkan budak - budak kecik.

Pantang kena sergah sikit, mula la diorang terkencing dalam seluar. Tak boleh lansung tengok orang baik sesama Islam. Mula la diorang meroyan tak tentu arah.

Terus diorang labelkan Ustaz Nasha ni dengan macam - macam dakwaan dan tuduhan. Ada yang kata dia Gila Jawatan, Gila Pangkat dan Kejam.

Itu baru setakat dia jumpa je. Kalau dia keluar dari Parti Angguk Saja tu, entah apa pulak la sumpah seranah yang akan diorang hamburkan kepada Ustaz Nasha.

Semut teringat soalan seorang Sahabat dua tiga hari sebelum Raya baru - baru ni. Dia kata, kenapa UMNO suka sumpah seranah Ulama? Bukan ke Ustaz Nasha ni jugak Ulama?

Jawapannya sudah dapat dilihat hari ini. Adakah UMNO yang menympah seranah Ustaz Nasha dengan tuduhan - tuduhan yang bukan - bukan? Adakah UMNO yang buat dakwaan Ustaz Nasha ni Gila Kuasa dan sebagainya? Nah!!! Korang fikir la sendiri!!!
PUTRAJAYA: Pemimpin dan anggota PAS dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lalu, selepas pulang dari Makkah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau PAS kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada PAS setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lalu.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Assalamualaiku, semua
    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.

    Ya Allah…aku memohon berkat penutup Ramadhan, pembuka tirai syawal ini, kau berkatilah saudaraku yang membaca mesej ini supaya sentiasa menjaga persahabatan,Limpahkan lah rezekimu padanya,Bahagiankan ia bersama keluarganya, Permudahkan urusannya,Tarima lah ibadahnya dan kau ampuni segala dosanya serta kedua kedua ibubapanya.

    SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping