Khamis, Ogos 02, 2012


Ps: Takkan ada orang yang akan bersetuju dengan Si Minah Pening ni. Nak pulak dalam bab menentukan rezeki sebab rezeki ni Ketentuan Allah S.W.T. Jadi, tak heran la kalau pakwe Si Minah Pening ni pun sama terasa bila dituduh dapat rezeki Haram!!!
KUALA LUMPUR: Aktor kacak, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, akui tidak terkejut dengan kelantangan Abby Abadi dalam menyuarakan pendapat serta pandangan politiknya di beberapa majlis ceramah yang dijayakannya termasuklah di laman sosial terutama akaun peribadi Twitter miliknya.

Malah, Zul Ariffin memberitahu sepanjang mengenali keperibadian Abby Abadi sewaktu mereka sama-sama menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dulu, dia akui sikap bekas kekasihnya itu tersebut memang begitu.

"Selama mengenali Abby, saya tahu dia memang seorang yang sangat berani menyuarakan pendapat mengenai apa yang jua perkara yang diperbincangkan, malah saya tahu dia juga seorang yang lantang apabila memberikan pandangan. Namun, jika dia rasa betul dengan apa yang dilakukan itu, baguslah.

"Pada pendapat saya, seseorang itu boleh lantang menyuarakan pendapatnya tetapi mereka juga perlulah bijak dan berpengetahuan sebelum meluahkan kata-kata," katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw, di Hotel One World semalam.

Bagaimanapun, Zul Ariffin memberitahu dia sendiri tidak tahu menahu mengenai penglibatan Abby Abadi dalam kancah politik baru-baru ini.

"Alhamdululah, saya tahu yang dia sudah mengenakan hijab dan saya gembira tengok dia dengan perubahan tu. Itupun saya tahu menerusi statusnya di Facebook serta gambar-gambarnya yang tersebar luas di akhbar dan internet.

"Selebihnya seperti apa yang dia buat sekarang, masuk politik, sibuk berceramah sana sini, itu semua saya memang tidak tahu. Saya hanya dengar-dengar cerita itu dari orang sekeliling sahaja," jelsnya lagi.

Dalam pada itu, Zul sempat diminta mengulas tentang kenyataan Abby yang mengatakan bahawa selebriti sepertinya (berhijrah dan berhijab) yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

"Saya kurang bersetuju dengan pandangan Abby itu, Pada pandangan saya, showbiz dengan politik adalah bidang yang berbeza dan dia tidak boleh campuradukkan kedua-duanya. 

"Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Malah, mereka turut ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

"Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung. Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain," tambahnya lagi.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping