Khamis, Ogos 02, 2012


Rasanya, korang sikit pun tak heran dengan tindakan yang dibuat oleh Si Lajim Ukin ni kan. Sebab apa dia letak semua jawatan dalam parti, tapi dia tak keluar dari UMNO?

Rasanya, korang pun tau kenapa ye tak. Sebabnya cukup mudah. Dia nak jadi Hero. Dia bukannya nak perjuangkan apa - apa pun untuk rakyat.

Matlamat utama dia ialah supaya rakyat melihat dia sebagai orang yang teraniaya. Dia nak jadi macam Datuk Dr. Hassan Din, diangkat dan dijulang oleh rakyat.

Jadi nanti, senang la dia nak canang satu Malaysia mengatakan yang dia tak khianat kepada perjuangan UMNO. Dia kena pecat!!! Saranan Semut, biar lantak dia jadi ahli. Akhirnya nanti dia jugak yang 'jem'. Nak tak nak dia kena jugak keluar sendiri!!! Tak gitu?
KUALA LUMPUR 31 Julai - Tindakan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin untuk terus menjadi ahli UMNO walaupun menyatakan sokongan terbuka kepada pembangkang bertujuan memperlihatkan dirinya sebagai 'hero rakyat'.

Penganalisis politik, Md. Shukri Shuib berkata, tindakan Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort itu jelas merupakan provokasi kepada UMNO yang bertujuan 'memaksa' parti tersebut memecat beliau agar dilihat sebagai 'mangsa' dan seterusnya mengundang simpati masyarakat.

Katanya, sebagai pemimpin politik yang sudah terlalu lama dan bukan lagi boleh dianggap sebagai calon boleh menang, tindakan Lajim itu merupakan satu amalan biasa oleh ahli politik veteran untuk meneruskan karier dengan harapan untuk kekal sebagai calon.

"Ini satu bentuk perangkap yang cuba dipasang oleh Lajim untuk mengugut kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan nasional (BN).

"Sebenarnya, hanya pengikut setia Lajim sahaja yang boleh mempercayai pemimpin veteran itu sebagai mangsa tetapi bagi yang celik politik, Lajim boleh dikategorikan sebagai pemangsa dan ahli politik yang derhaka kepada parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, UMNO serta BN tidak perlu risau kehilangan Lajim kerana pemimpin tersebut sudah nyata mahu bersama pembangkang.

Justeru katanya, UMNO perlu bersiap sedia menyediakan pelbagai risalah serta kempen penerangan kepada ahli parti mengenai rentetan sejarah karier politik Lajim sehingga tindakannya Sabtu lalu di peringkat akar umbi, terutama di Beaufort.

"Jika Lajim dipecat kelak, atau dia sendiri mahu meninggalkan UMNO, parti tersebut sudah mempunyai senjata sewajarnya bagi menangani kerenah beliau, seterusnya membuka peluang kepada wajah baru sebagai calon yang semestinya boleh menang berbanding Lajim," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. halo admin..u jangan nak komen jerr..u tak tau keadaan macamana..cuba u datang tengok la kawasan parlimen dia...u cakap boleh la..cuba u duduk tempat dia apa u rasa,,sori la kasar sikit...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping