Sabtu, Ogos 25, 2012


Sebelum ini, Semut ada mengeluarkan satu artikel mencadangkan supaya Si Khalid Gereja ni ambik tindakan untuk melaksanakan Hudud di Selangor. (klik kat sini)

Perkara tu boleh dibuat memandangkan sekarang ni puak - puak Pakatan tu sedang memegang tampuk pemerintahan Negeri. Jadi, diorang boleh bawak usul tu.

Lagi pun, perlaksanaan undang - undang Hudud ni tak perlu kelulusan Kerajaan Pusat pun sebenarnya sebab ianya dibawah penguasaan Kerajaan negeri.

Kalau Dewan Undangan Negeri dah lulus, undang - undang tu dah boleh dikuatkuasakan. Maka, memang patut sangat la Si Khalid Gereja tu bawak cadangan tersebut.

Tambahan pulak, hari ni Mufti Selangor sendiri dah kata. Hudud boleh dilaksanakan jika tidak ada sebarang bantahan. Jadi, tak payah la Khalid Gereja tu sibuk nak pertikaikan pasal orang lain. Buat la dulu, jangan setakat bercakap je lebih!!!
SHAH ALAM – Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid mengalu-alukan mana-mana Kerajaan Negeri yang mahu melaksanakan hukum hudud supaya segera berbincang dengan Kerajaan Pusat berhubung pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Mohd Tamyes berkata, undang-undang Islam itu sesuai dilaksanakan bila-bila masa dan di mana-mana tempat jika tiada sebarang halangan kerana ia merupakan salah satu cabang syarak dan janji ALLAH untuk keamanan.

“Pelaksanaan hukum hudud ada kaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Walaupun dalam Islam, (kedudukan) hukum ALLAH sepatutnya berada di atas daripada hukum dunia, tetapi ia perlu mendapatkan persetujuan Kerana Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara.

“Ia boleh dilaksanakan. Jika semuanya bersetuju, sebarang akta yang perlu digubal (dalam Perlembagaan Malaysia), ia perlu mendapat sekurang-kurang dua pertiga sokongan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas saranan supaya Kerajaan Negeri yang berminat melaksanakan undang-undang tersebut, segera berbincang dengan Kerajaan Persekutuan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping