Perkara ini memang tak perlu nak dinafikan lagi. Sebenarnya, PAS di Kelantan memang dah songeh bila Dewan Undangan Negeri luluskan Hudud.
Hakikatnya, diorang cuba nak cetuskan polemik untuk memburuk - burukkan Barisan Nasional Kelantan dan membawa cadangan tersebut ke sidang DUN.
Tetapi, diorang sikit pun tak menyangka yang Ahli Dewan Undangan Negeri dari kalangan Barisan Nasional juga turut menyokong usul tersebut.
Lantas, perkara itu membuatkan PAS buntu dan menjadi tak terkeruan. Maka terpaksa la diorang cari jalan untuk keluar dan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional.
Memang itulah perkara yang berlaku sebenarnya. PAS dah terperangkap dalam jerat yang diorang buat sendiri. Diorang dah tersepit dalam mainan Politik mereka.
Jika tidak, kenapa sampai hari ini PAS Kelantan masih enggan melaksanakan Hukum tersebut bagi jenayah syariah di negari mereka? Kan pelik tu?
Itu pasal la orang selalu kecam tindakan yang mereka buat. Sejak dulu lagi orang dah kata. Jangan jadikan Islam sebagai alat dalam propaganda Politik.
Bagi PAS, Islam hanya perkakas untuk mendapatkan sokongan. Bukan untuk diperjuangkan dengan ikhlas sangat pun. Setakat dapat sokongan dan meraih undi jadi la.
Jadi, tak payah la PAS nak menunding jari kepada orang lain dan menyalahkan orang itu ini. Mengaku je salah sendiri. Dah terberak tengah jalan nak salahkan orang apa pasal pulak!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.
“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.